Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4,879 kes COVID-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 2,632,782 kes setakat ini.
Jumlah kes COVID-19 hari ini dilapor meningkat semula berbanding semalam yang hanya mencatatkan 4,087 kes.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh serta kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.
Segala maklumat terperinci mengenai kes jangkitan COVID-19 akan dimuat naik dalam laman sesawang www.covidnow.moh.gov.my.
Pada 30 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,879 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,632,782 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/G8E9wKhYbY
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 30, 2021
Sumber: KKM