Siakap Keli
Sumber: Tiktok Sir Farell

(Video) Bukan Produk Kurus, Lelaki Ini Kongsi 7 Minuman Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Jika kita lihat di sosial media pada hari ini, terlalu ramai orang yang berkongsi hantaran video atau gambar yang menunjukkan tubuh badan mereka yang semakin kurus dan sihat. Mereka juga tidak kedekut ilmu dengan berkongsi tips atau cara mereka mengurangkan berat badan.

Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan motivasi kepada ramai pengguna lain untuk turut menjaga badan supaya kekal langsing dan sihat. Selain daripada bersenam, makanan dan minuman juga perlulah dijaga agar cara mengurangkan berat badan adalah seimbang dan berkesan.

Seorang pengguna Tiktok bernama @sir.farrellj atau Sir Farrell telah berkongsi tujuh minuman sihat yang membantu seseorang mengurangkan berat badan. Menurut Sir Farrell, minuman yang kelima merupakan minuman yang ramai suka minum. MAri kita lihat tujuh minuman yang membantu seseorang mengurangkan berat badan.

1. Air kosong

Seperti sedia maklum, air kosong sememangnya air yang paling baik untuk mengurangkan berat badan. Air kosong ini tiada kalori sama ada minum dalam keadaan panas, sejuk ataupun suam.

2. Air Teh Hijau

Air teh hijau yang kosong mengandungi antioksidan yang sangat tinggi untuk membantu seseorang meningkatkan metabolisma dan membakar lebih banyak kalori dalam badan

3. Air Lemon

Air lemon tinggi dengan vitamin c yang membantu menambah perisa bagi seseorang yang sukar untuk minum air kosong. Khasiat air lemon adalah untuk membantu meningkatkan imuniti badan dan juga penyerapan zat besi dalam badan seseorang

4. Air Kopi

Menurut kajian, minum 4 cawan air kopi kosong sehari akan membantu bakar lemak dalam badan seseorang sebanyak 4 peratus

5. Teh hitam

Teh hitam sama sahaja seperti teh hijau, namun teh hitam lebih istimewa kerana ianya mempunyai bahan modafinil yang membantu seseorang mengurangkan rasa mengidam. Teh hitam juga meningkatkan bakteria baik dalam perut.

6. Air Kelapa

Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat lima elektronik utama seperti sodium, potassium, calcium, magnesium serta fosforus yang memastikan badan seseorang itu kekal hidrat selepas bersukan

7. Air protein

Membantu seseorang untuk kenyang dengan lebih cepat dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, pilihlah protein yang mempunyai kadar gula yang lebih rendah

Haaa itulah tujuh minuman yang boleh membantu anda semua kurus dengan berkesan. Oleh itu, minumlah air yang sesuai dengan selera dan seuai mengikut tubuh badan anda semua. Sekiranya bosan minum air kosong, mungkin anda boleh minum air kelapa yang tidak ditambah gula atau diproses. Meskipun anda diet nak kurus, anda tidak boleh terlalu menyisa badan sehingga badan anda menjadi lemah. Mulakan dengan perlahan-lahan tanpa memaksa badan.

@sir.farrellj

7 minuman KURUS! Anda suka mana 1? #share

♬ 羽肿 – Windy Hill – 羽肿

Sumber: Tiktok Sir Farrell

 

Akhmar Ikmal