Siakap Keli
Gambar: TikTok @dy.araaaaa

(Video) Bukan Setakat Buah-buahan, Pihak Lelaki Bawa Perabot, Lembu Seekor & Motosikal Sebagai Hantaran Merisik

Sebuah video tular dengan jumlah tontonan melebihi 2 juta memperlihatkan satu majlis merisik yang berlaku di daerah Pati, wilayah Jawa Tengah.

Video tular itu memperlihatkan keluarga pihak lelaki yang membawa barang hantaran yang begitu unik dan besar.

Barangan yang dibawa adalah motosikal berkuasa tinggi, perabot rumah, dan pelbagai hasil bumi yang lain seperti setandan pisang dan beberapa guni beras, memetik laporan BeritaHits.Id.

Lebih menghiburkan lagi apabila kelihatan seekor lembu turut dijadikan barang hantaran. Kesemua barangan itu dibawa oleh beberapa orang individu dalam kumpulan yang agak ramai.

Pemilik akaun TikTok @dy.araaaaa memuat naik video itu dengan memberitahu sebab mengapa lembu jadi hantaran.

“Adat di Pati, kalau tiada lembu tak boleh kahwin,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Gambar: TikTok @dy.araaaaa
@dy.araaaaa

#pati #lamaranpati #patikeras #fyp

♬ suara asli – @mbakPhesexUye🤪CAHPATI – @mbakPhesexUye🤪CAHPATI

Sumber: BeritaHits.Id

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.