Siakap Keli
Gambar: MUMBAI NEWS

(Video) Lelaki ‘Selamber’ Nikmati Makanan Kenduri Kahwin Walau Dewan Majlis Sedang Terbakar

Sebuah video tular di media sosial berkenaan dua orang lelaki yang dilihat tak berhenti menjamu selera ketika api sedang marak terbakar di belakang mereka.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku di Dewan Kahwin Ansari di Bhiwandi Thane malam Ahad lepas, lapor News 18.

Menurut laporan, bukan sekadar sambung makan malah lelaki-lelaki itu dikatakan sempat berborak sesama sendiri walaupun mereka sudah sedar yang kebakaran sedang berlaku di belakang mereka.

Kebakaran api itu dikatakan berpunca dari bilik stor dewan kahwin tersebut. Semua dekorasi dan kerusi di dewan itu dilaporkan hangus terbakar.

Bukan itu sahaja, turut dilaporkan sekurang-kurangnya enam kenderaan beroda dua yang diletakkan berhampiran dewan berkenaan telah musnah. Tetapi, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 11 malam selepas tiga jentera tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kebakaran itu kira-kira jam 10 malam, lapor pegawai perbandaran Bhiwandi melalui Free Press Journal.

Sumber: News 18

" "