Siakap Keli
Gambar: TikTok @aceh_anggoro

(Video) Lelaki Terkejut Tengok Lauk Dibekalkan Isteri Rupanya Telur Mentah

Sebuah video tular menunjukkan seorang suami yang menerima bekal daripada isterinya, dan bekal tersebut berupa nasi bersama telur yang dikatakan masih mentah, memetik laporan daripada Suara.com.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aceh_anggoro itu berlaku kepada rakan sepejabatnya.

“Rakan saya diberikan bekal oleh isterinya, tapi lauk yang dibawa adalah telur mentah,” terang pemilik akaun itu yang ditulis dalam video tersebut.

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat si suami sedang mengeluh kerana tidak boleh makan bekalan yang diberikan oleh isterinya itu.

Menurut laporan, isterinya mungkin terlupa untuk merebus telur atau mungkin tersalah masukkan telur yang masih mentah ke dalam bekas makanan itu.

Menjengah ke ruangan komen yang ditinggalkan di perkongsian video itu, ada juga warganet yang berseloroh dengan mengatakan bahawa minyak untuk goreng mahal.

Gambar: TikTok @aceh_anggoro
@acehanggoro

#bojomusemangatku #bojogalak #bojo #videolucu #lucu #fyplucu #tiktoklucu #lucubanget #fyp #viralfyp #tiktokngakak #lucutiktok #dagelan #viralvideo

♬ original sound – diki – fennec 155 cc

Sumber: Suara.com

Nadhirah