Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video)“Terima Kasih & Selamat Tinggal Lagenda,” Penampilan Terakhir Shukor Adan Diiringi Tepukan Gemuruh

Tamat perlawanan akhir Piala Malaysia sebentar tadi di antara KL City FC menentang JDT dengan keputusan yang memihak kepada KL City FC setelah penantian 32 tahun.

Perlawanan tersebut berakhir dengan dua jaringan yang berjaya dihasilkan oleh pasukan KL City FC menerusi Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Paulo Josue pada minit yang ke-74. Pelbagai ragam dan ‘drama’ yang berlaku sepanjang perlawanan berlangsung.

Namun, antara yang menarik perhatian pada malam ini adalah penampilan terakhir seorang pemain yang boleh dikatakan lagenda dalam arena bola sepak tanah air. Seperti sedia maklum, pemain yang dimaksudkan adalah Syukor Adan yang masuk pada minit ke 90+4 dengan menggantikan Kenny Pallraj.

Ketika pemain ini masuk ke dalam padang, dapat dilihat dan didengari bahawa stadium menjadi gemuruh seakan meraikan pemain lagenda itu yang membuat penampilan terakhir.

“Pengakhiran sempurna buat seorang lagenda”

Terdahulu, pemain veteran KL City FC, Muhamad Shukor Adan memaklumkan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk ‘menggantung kasut’ selepas perlawanan final yang berlangsung sebentar tadi. Baginya, kejuaraan Piala Malaysia yang telah dirangkul oleh pasukannya itu merupakan hadiah perasaraan terbaik untuk dirinya.

Gambar: Bernama

Menjengah ke laman Twitter, terdapat juga warganet yang menganggap bahawa Shukor Adan merupakan lagenda di dalam bola sepak terutamanya dalam arena bola sepak tanah air.

Sumber: Team Malaysia, Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa