Siakap Keli
Gambar : TikTok iWhy

(Video)”The Cat Of Zorro,” Aksi Kucing ‘Bertopeng’ Buat Ramai Tertarik

Siapa sahaja yang tak kenal satu filem , The Mask of Zorro. Apabila sebut sahaja nama filem itu, pastinya akan ingat ‘trademark’ hero utama dan lagu yang dimainkan.

Bagi yang kenal, sudah pasti mengetahui akan topeng yang dipakai oleh karakter di dalam filem tersebut. Topeng yang berwarna hitam itu menjadi simbolik dan sangat dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Baru-baru ini, tular mengenai satu video yang memaparkan seekor anak kucing yang telah mendapat perhatian ramai orang apabila rakaman tersebut dikongsikan di dalam aplikasi Tiktok.

Gambar : TikTok iWhy

Bukanlah aksi pelik yang dipamerkan oleh kucing tersebut sehingga mendapat perhatian, namun tompok di wajahnya seakan karakter filem The Mask of Zorro itu telah menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan warganet.

Dalam video tersebut, seekor anak kucing terlihat seakan-akan mempunyai topeng pada bahagian matanya seperti Zorro. Walaupun itu hanyalah sebuah corak tompok di muka si bulus itu, namun keistimewaannya telah mendapat perhatian orang ramai.

@iwhy_

Balas @ismi.xxii #kitten #catlover #OPPOA95PerformaAndalanmu #HelloBrightSkin

♬ sonido original – reignofmarvels

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang ‘geram’ dengan keunikan kucing itu. Sehinggakan ada yang menggelarnya “The Cat of Zorro”.

Gambar : TikTok iWhy
Gambar : TikTok iWhy
Gambar : TikTok iWhy
Gambar : TikTok iWhy
Gambar : TikTok iWhy

Sumber : TikTok iWhy

Fathin Nadzira