Seorang ‘influencer’ media sosial Chloe Fountain telah tular sekali lagi, kali ini kerana transformasi mukanya selepas solekan yang luar biasa.
Chloe, yang dipercayai tinggal di Amerika Syarikat (AS), telah tular awal tahun ini apabila beberapa orang pembina yang kononnya telah datang ke rumahnya dan membina halaman belakang rumahnya sebelum mereka menyedari yang mereka berada di rumah yang salah.
Kali ini, Chloe sekali lagi tular kerana transformasi solekan luar biasa yang dia lakukan. Malah sangat hebat hingga menyebabkan majoriti warganet tidak percaya bahawa wanita sebelum dan selepas solekan tersebut ialah sama.
Salah satu video di akaun TikTok miliknya, chloefountainn telah ditonton lebih satu juta kali.
Di dalam video tersebut dia turut menulis “Kuasa solekan” dan meletakkan kapsyen pada video tersebut; “Seberapa marahkan anda?”
Dalam video TikTok tersebut, Chloe menunjukkan mukanya tanpa solekan dan dia kelihatan lebih berumur berbanding videonya yang lain.
Kemudiannya, dia menunjukkan mukanya selepas dia mengenakan solekan penuh dan dia kelihatan seperti orang yang berbeza.
Chloe turut berkongsi bahawa dia menggunakan solekan dan pita untuk menarik kulit mukanya supaya kelihatan tegang dan lebih muda.
Namun begitu, kerana hasil yang sangat luar biasa dan terlalu berbeza dari muka asalnya ramai warganet yang tidak puas hati dan menyuruh Chloe untuk membuktikan perkara tersebut dengan melakukan video solekan.
Walau bagimanapun, Chloe bertegas enggan berkongsi video tersebut dan berjanji akan memberi tahu rahsianya jika akaun TikTok miliknya telah mencecah satu juta pengikut.
Dalam video lain, yang hampir ditonton satu juta kali, Chloe turut menulis: “Ya. Kami adalah orang yang sama. Berapa kali saya perlu mengatakan ini?”, selepas pengguna membanjiri bahagian komen mengatakan mereka tidak fikir ia adalah orang yang sama.
“Macam mana awak hilangkan rahang?” seorang warganet bertanya dan Chloe menjawab yang dia menggunakan pita pelekat.
Ada juga yang mengatakan bahawa wanita sebelumnya yang kelihatan lebih berumur itu ialah ibunya. Ada juga yang bertanya “Ibu dan anak perempuan?”
Namun begitu, terpulang kepada setiap individu yang melihat video Chloe untuk mempercayinya atau tidak. Tapi tidak dinafikan yang kuasa solekan masa kini memang boleh mengubah rupa seseorang itu.
Sumber: The Sun