Siakap Keli
Gambar : Youtube Vocativ

Wanita Dilapor Berkahwin Dengan Lembu Apabila Mendakwa Haiwan Itu ‘Suaminya Yang Dijelmakan Semula’

Seorang wanita di Kemboja dikatakan hidup bahagia dengan seekor anak lembu apabila dia berkahwin dengan haiwan tersebut. Dia yakin bahawa anak lembu itu merupakan mendiang suaminya yang telah dijelmakan semula, lapor The Sun.

Khim Hang, 74, yang tinggal di wilayah timur laut Kratie, Kemboja, berkata dia mengahwini anak lembu tersebut selepas haiwan itu menciumnya. Dia juga mengatakan bahawa perwatakan lembu tersebut sama seperti pasangannya yang sudah meninggal dunia.

Majlis perkahwinan tidak ditunjukkan di dalam video tetapi ada penduduk yang mendakwa menghadiri majlis itu.

Gambar : Youtube Vocativ

Anak lembu itu kini tinggal di rumahnya di mana dia memandikan dan membiarkannya tidur di atas bantal mendiang suaminya.

Wanita itu berkata roh suaminya datang apabila anak lembu itu menjilat rambut, leher dan kemudian menciumnya. Selepas itu, lembu tersebut mengikutnya ke rumah dan yakin bahawa mendiang suaminya telah dilahirkan semula.

Gambar : Youtube Vocativ

Menurut anak lelakinya, dia percaya dakwaan ibunya dan sentiasa memastikan anak lembu tersebut tidak keluar dari rumah mereka kerana dapat merasakan roh bapanya dalam haiwan itu.

Hang juga telah melarang anak-anaknya daripada menjual atau menganiaya anak lembu itu selepas kematiannya. Sebaliknya, anaknya perlu menjaga bapa mereka sehingga haiwan itu meninggal dunia.

Menerusi laporan The Sun, jika haiwan tersebut mati, ia harus dikebumikan sama seperti manusia.

Berita seperti ini bukanlah kes pertama yang melibatkan perkahwinan antara anak lembu dan manusia. Satu kejadian pernah berlaku di perkampungan Indonesia di mana seorang remaja dilaporkan pengsan apabila dipaksa berkahwin dengan seekor lembu pada tahun 2010.

Sumber : The Sun

Fathin Nadzira