Siakap Keli
Gambar via Facebook

“Episod 1 Je Dah Thrill..,” One Ordinary Day, K-Drama Baharu 8 Episod Yang Korang ‘Wajib’ Tonton

Tahun 2021 dah hampir melabuhkan tirainya. Walaupun 2021 ni kita masih dalam fasa pandemik, tapi tahun ni juga banyak drama dan siri best-best yang ditayangkan di pelbagai platform layanan video. Boleh la buat hiburan di sambil-sambil duduk rumah ye tak?

Bagi yang suka menonton secara atas talian tapi dah tak tahu nak tengok drama apa, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ratu Aura Dewi Zahir ini melalui grup Movie Lovers Malaysia kongsi satu K-Drama terbaru yang korang patut tengok.

K-Drama yang tengah booming di platform Viu sekarang ni bertajuk ‘One Ordinary Day‘, lakonan Kim Soo Hyun dan Cha Seung Won. Bagi yang nak baca review drama ni sebelum tengok, ikuti perkongsian Ratu Aura Dewi Zahir di bawah ini. Tapi hati-hati ada spoiler!

Sinopsis One Ordinary Day

Wooooooowww Oppa Kim Soo Hyun dan Ajushi Cha Seung Won is back berganding together dalam drama bersiri One Ordinary Day. One Ordinary Day drama terbaru Korea yang sedang ditayangkan di platform Viu setiap Sabtu dan Ahad. Drama bersiri ini ada lapan episod sahaja. Antara drama yang bakal menjadi hit kebabooom sebelum 2021 berakhir.

One Ordinary Day sebuah drama berunsur jenayah yang diadaptasi dari drama versi asal British bertajuk Criminal Justice (2008) sebuah karya Peter Moffat, mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang hidupnya dari normal menjadi kucar-kacir apabila menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan.

Drama ni sudah ditayangkan sejak 27 November. Kiranya masih fresh from the oven la. Ada yang dah tengok Episod 1? Best tak?

Gambar via Facebook

Spoiler alert!

Episod 1 je dah thrill dimana Kim Hyun Soo (lakonan Kim Soo Hyun) menjadi suspek utama pembunuhan dalam sekelip mata. Kisahnya bermula apabila Hyun Soo, seorang pelajar universiti yang keluar rumah untuk berjumpa rakan-rakannya dengan menaiki teksi milik bapanya secara sembunyi.

Perjalanan Hyun Soo terganggu apabila teksinya dinaiki seorang wanita bernama Hong Guk Hwa. Hyun Soo pada mulanya cuba memberitahu Guk Hwa yang teksinya tidak menerima penumpang ketika itu tapi tidak dipedulikan.

Mereka lepak bersama, minum bersama, layan dadah bersama hingga tidur bersama. Dalam keadaan mabuk, Hyun Soo terlena tidak sedarkan diri. Bila terjaga, Hyun Soo dapati Guk Hwa telah mati dibunuh. Dalam keadaan penuh ketakutan, suspen dan kelam kabut, Hyun Soo cuba keluar dan lari dari tempat kejadian. Malangnya jiran-jiran di situ ternampak kelibat Hyun Soo.

Nasib Hyun Soo menjadi malang bila bertembung dengan satu roadblock yang mana Hyun Soo tak dapat sembunyi ketakutan dia, seterusnya dibawa pihak polis untuk ujian alkohol. Secara kebetulan juga pihak polis menerima satu kes pecah rumah.

Bertambah malang bila Hyun Soo dibawa ke balai, diperiksa dan pihak polis menemui sebilah pisau dalam jaket Hyun Soo. Aduh kesian Oppa. Hyun Soo ditahan sementara pihak polis cuba menyiasat dan dalam keadaan penuh ketakutan serta keliru, Hyun Soo didatangi seorang lelaki Shin Joong Han (lakonan Cha Seung Won) yang bertindak sebagai peguam kepada Hyun Soo.

Gambar via Facebook

Bagaimana kesudahan nasib Hyun Soo selepas ini? Adakah Shin Joong Han berjaya membela dan dapatkan keadilan untuk Hyun Soo? Kita sama-sama nantikan episod seterusnya.

Bakal hit macam Squid Game

Drama One Ordinary Day bakal menjadi hit seperti Squid Game sebab versi asal pun memang dah hit dekat UK sehingga diadaptasi tahun demi tahun, dari versi India hingga ke versi Korea.

Watak Hyun Soo yang diberi kepada Kim Soo Hyun memang terbaik sebab penjiwaan watak memang menjadi. Kita rasa kesian tengok keadaan Hyun Soo yang penuh ketakutan, merayu-rayu cuba nak pertahankan diri tapi takda seorang pun yang percaya.

Gambar via Facebook

Bukan untuk tontonan umum

Dalam hantaran yang sama, pengunggah dah bagi amaran siap-siap yang drama One Ordinary Day ni bukan untuk tontonan umum kerana ada babak-babak yang tak sesuai ditonton oleh individu di bawah 18 tahun. Tapi babak ni dikatakan ada dalam episod pertama je.

Drama One Ordinary Day sekarang dah masuk episod kedua dan boleh ditonton di platform layanan video Viu. Selamat menonton!

Sumber: Facebook Ratu Aura Dewi Zahir via Movie Lovers Malaysia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.