Tidak dinafikan memiliki leher hitam dan tona tidak sekata dengn kuluit wajah boleh menjadi perkara yang memalukan dan mungkin ia akan menjejaskan keyakinan seseorang.
Walaupun sudah menjaga kulit yang terlindung dengan rapi namun bahagian leher tetap tidak hilang apabila ditonyoh. Ia membimbangkan kerana kemungkinan anda cenderung memiliki penyakit diabetis.
Untuk pengetahuan anda, kulit yang menghitam ini dikenali sebagai acanthosis nigricans. Ia berlaku pertumbuhan sel kulit yang tidak normal kerana insulin dalam darah terlalu tinggi.
Seperti perkongsian daripada Dr Hafizah di laman Twitter telah memberi penjelasan ringkas tentang penyakit ini.
Perhatikan tanda hitam di leher pada anak, adik beradik, rakan-rakan. Ini bukan daki, ini adalah acanthosis nigricans, salah satu tanda awal risiko untuk mendapat kencing manis, diabetes!
Katanya lagi, digambarkan acanthosis nigricans ini adalah tanda lebam yang agak berbulu atau ‘velvety’ dan tidak hilang walau disental. Jadi, kesan garis-garis pada kulit mungkin ada juga.
Jelasnya lagi, keadaan ini bukan sahaja berlaku di leher malah terdapat juga di bahagian ketiak seseorang.
Bagi wanita yang hamil dan mempunyai masalah ini ianya disebabkan perubahan hormon semasa mengandung boelh membuatkan kesan gelap pada pelipat badan tetapi tidaklah ke tahap ‘velvety’ kecuali disertai dengan masalah kencing manis waktu hamil atau GDM. Hormon orang hamil ini memang boleh sebabkan gula yang tinggi.
Jadi, rawatannya bukan tonyoh-tonyoh je, pastikan cek paras gula dalam badan ya.
Sumber: Dr Hafizah