SEOUL, 1 Dis (Reuters) – Korea Selatan melaporkan rekod harian baharu sebanyak 5,123 kes Koronavirus. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), pada ketika ini negara tersebut sedang berjuang untuk membendung peningkatan mendadak pesakit yang mengalami simptom teruk dan menghalang varian Omicron daripada terus merebak.
Pada hari Isnin lepas, kerajaan di sana telah menangguhkan rancangan untuk melonggarkan lagi sekatan COVID-19 kerana kerisauan kepada sistem penjagaan kesihatannya. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan hospital daripada terus menerima kemasukan pesakit dan juga kematian yang tinggi. Pihak kerajaan juga perlu berfikir kemungkinan ancaman daripada varian baharu itu.
Hospital sedang merawat 723 pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala yang teruk sementara pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak katil di ICU. Kes pesakit yang mempunyai gejala teruk dilihat semakin meningkat dengan sangat mendadak berbanding dengan hanya di bawah 400 pada awal November.
Son Young-rae, seorang pegawai kesihatan kanan menyampaikan taklimat berkaitan kapasiti katil ICU di kawasan Seoul yang lebih besar berjumlah 89.2%,
Untuk mengurangkan ketegangan di hospital dan pusat jagaan, Korea Selatan mula membuat rawatan di rumah bagi mereka yang mempunyai gejala ringan pada minggu ini. Hanya kes yang mempunyai gejala yang teruk sahaja perlu dipindahkan ke hospital. Pusat rawatan kediaman juga akan diperluaskan.
Lebih daripada 84% pesakit COVID-19 yang sakit teruk berumur 60 tahun ke atas. Pakar telah menunjukkan tahap antibodi yang semakin berkurangan daripada vaksin dan menggesa orang tua untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.
Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan, Jeon Hae-cheol memberitahu mesyuarat respons COVID-19 bahawa pihak berkuasa akan menggerakkan struktur pentadbiran untuk mendapatkan katil hospital, sekurang-kurangnya 1,300 tambahan menjelang pertengahan Disember.
Dia juga menggesa langkah pencegahan virus yang lebih ketat untuk mengelak Omicron setelah terdapat kes yang disyaki telah memasuki negara itu dari Nigeria. Namun begitu, Korea Selatan tidak melaporkan sebarang kes Omicron yang disahkan setakat ini.
Berdasarkan data, kes baharu hari Selasa menjadikan jangkitan koronavirus di negara tersebut kepada 452,350 kes, dengan 3,658 kematian. Walaupun kadar kemasukan ke hospital meningkat, kadar kematian kekal rendah pada 0.81%.
Korea Selatan telah memberi vaksin sepenuhnya kepada hampir 80% daripada 52 juta penduduknya manakala dos penggalak untuk orang dewasa berumur 18 hingga 49 tahun hanya bermula Sabtu ini.
Sumber: Reuters