Siakap Keli

“Super Rider” Meningkatkan Semangat Negara Dengan Kekuatan ‘Super’

Kuala Lumpur, 30 November 2021 – Malaysia kini sudah mula membuka semula sempadannya dengan peralihan seluruh negara ke fasa endemik. Walaupun demikian, negara kita masih berhati-hati kerana perang melawan COVID-19 masih belum selesai dimana pekerja sektor penjagaan kesihatan bekerja tanpa kenal erti penat lelah untuk merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa petugas barisan hadapan bukanlah terdiri daripada mereka yang berada dalam sektor kesihatan sahaja. Mereka juga terdiri daripada golongan pekerja dari pelbagai sektor yang turut memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat negara dengan melakukan yang terbaik untuk menyediakan perkhidmatan harian yang kita perlukan. Kadang-kala, demi memudahkan kehidupan harian kita, mereka terpaksa mempertaruhkan keselamatan dan kesejahteraan emosi diri mereka sendiri.

Baru-baru ini, Kopi SUPER bersama-sama rakan barisan hadapan, Dr Say Shazril telah mengeluarkan video untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa petugas barisan hadapan bukan sekadar mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan, tetapi juga melibatkan mereka yang bekerja siang dan malam untuk memastikan masyarakat terus maju, termasuk pemandu perkhidmatan penghantaran, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, kakitangan sokongan dan lain-lain. Kopi SUPER berazam untuk meningkatkan semangat ‘Wira-Wira Hariandengan pertolongan SUPER Rider mereka, Dr Say Shazril, untuk mendekati rakan-rakan barisan hadapan dengan menyediakan kopi SUPER terkenal khas untuk menyegarkan minda mereka sambil mengharungi detik-detik harian semasa pandemik ini. Sambil itu, ia juga untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak pernah dilupakan dan mereka sentiasa dekat di hati rakyat negara, dan kami amat bersyukur atas ketabahan mereka untuk terus menjalankan tugas.

Fiona Tan, Pengurus Besar JACOBS DOUWE EGBERTS RTL SFM MY SDN BHD, berkongsi bahawa semasa pandemik ini, para petugas barisan hadapan yang ‘dilupakan’ ini masih berdedikasi untuk menjalankan tugas yang terbaik untuk berkhidmat demi negara dengan menjalankan perkhidmatan penting apabila diperlukan walaupun dengan sumber yang terhad. Sumbangan minuman kami kepada mereka merupakan satu tanda terima kasih dan juga untuk mengingatkan mereka tentang kekuatan masing-masing dan juga untuk memberikan inspirasi dan memotivasikan mereka untuk terus melakukan yang terbaik walaupun berterusan terpaksa mengharungi cabaran.

“Dedikasi yang ditunjukkan oleh para petugas barisan hadapan patut dipuji – mereka meletakkan diri mereka di barisan hadapan agar rakyat negara kekal selesa dan selamat. Kami amat menghargai sikap mereka yang tidak mementingkan diri sendiri dan kesanggupan mereka untuk berkorban demi memenuhi keperluan orang ramai.

“Waktu PKP, kami menyaksikan rakyat mengambil langkah untuk membantu mereka yang memerlukan melalui pelbagai bentuk sumbangan seperti bank makanan, tabung derma dan banyak lagi. Di SUPER dan sebagai rakyat Malaysia, kami bersatu untuk menjaga ‘Wira-Wira Harian’ kami dengan menaikkan semangat mereka dan menawarkan keterlihatan kepada mereka yang banyak membantu waktu pandemik ini – untuk memberitahu mereka bahawa mereka tidak dilupakan,” kata Fiona.

Semasa kita masih berjuang untuk mengurangkan jumlah kes COVID-19, rakyat Malaysia terus bersatu dalam hasrat untuk menuntut semula keselamatan negara sebaik mungkin. Dengan penglibatan dalam inisiatif memerangi COVID-19 dalam apa jua cara yang mungkin, kita boleh sama-sama mengurangkan tekanan dan meningkatkan semangat harapan dan setiakawan dalam pertempuran ini.

“Dengan melakukan apa yang mampu, kita bukan sahaja membawa senyuman ke wajah para petugas barisan hadapan, tetapi kita juga turut berjuang untuk menentang COVID-19 demi keselamatan dan keamanan negara. Sumbangan yang walaupun sedikit mampu mendatangkan perubahan, sama ada dalam bentuk kewangan atau dalam bentuk barangan runcit. Inilah cara kita menunjukkan bahawa ‘Malaysia Cares’.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan menyertai kami dan #SapotBersamaSUPER untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan dan mereka yang telah meninggalkan impak dan telah menyumbang kepada negara. Marilah kita bersama-sama melawan COVID-19 dengan wira-wira kita,” jelas Fiona.

Selain itu, sambil kita menyesuaikan diri dengan norma baharu, Kopi SUPER menyedari bahawa setiap rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk membantu satu sama lain. Ini menjadikan kita semua wira dan oleh itu, Kopi SUPER merancang untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia melalui Peraduan Wira-Wira Harian mulai sekarang hingga 19 Disember 2021, dimana mereka akan memberikan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk hadiah wang tunai, Thermomix TM6, dan pin reload Touch ‘n Go bernilai RM100.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Wira-Wira Harian, sila layari https://www.facebook.com/supermalaysia/ 

Untuk maklumat lanjut tentang JACOBS DOUWE EGBERTS RTL SFM MY SDN. BHD, sila layari https://www.supereveryday.my/

Untuk maklumat lanjut berkenaan video tersebut, sila layari:

https://www.instagram.com/tv/CVHpSiyjI8T/ 

Nur Farra