Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk mengisytihar Hari Kelepasan Am untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan 3 Disember 2021 (Jumaat) ini.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, beliau berkata bahawa keputusan tersebut dibuat selepas pasukan KL City Fc berjaya menjuarai Final TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
“Kemenangan semalam adalah pencapaian yang terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989.
“Dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC,” tulis kenyataan tersebut.
Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dilaporkan dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan.
KL City FC juara Piala Malaysia: Shahidan Kassim isytihar Hari Kelepasan Am Tambahan di semua Wilayah Persekutuan Jumaat ini pic.twitter.com/27r9vFy7FI
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 1, 2021
Sumber: Bernama