Dari 185kg ke 116kg adalah sesuatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Tidak dinafikan bukan mudah untuk hilang 69kg dalam masa setahun teapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tiada yang mustahil di dalam dunia ini jika kita berusaha dan kesungguhan semuanya jadi mudah. Cumanya untuk turunkan berat badan memerlukan kosisten yang tinggi dan berdisiplin.
Sering menjadi bahan gurauan, pemudah yang bernama Aizat Arifin ini nekad untuk turunkan berat badannya. Tambahnya lagi, cintanya sering ditolak dek kerana rupa paras dan bentuk badannya yang besar.
Menurut Aizat, dia menjadikan kta-kata negatif itu sebagai semangat untuknya turunkan beratnya dari 185kg ke 116kg dalam masa setahun dan tidak mengambil sebarang pil atau ubat kurus pun. Ini yang dia amalkan sehingga tampil susut dan bergaya.
185KG -116KG 1 tahun tanpa ubat. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman, amalkan DSSS dan cut gula, minyak serta senaman lebih. Mineral water 3 liter sehari.
Nak kecikkan pipi? Senyum 24jam dapat pahala lagi…
Hanya makan pagi dengan bihun goreng selama tiga bulan tanpa jemu
Jelasnya, pada 3 bulan awal permulaan untuk berubah, dia hanya makan pagi sahaja iaitu dengan hidangan bihun goreng setiap hari sehingga cukup tiga bulan. Selepas itu baru dia memulakan diet suku-suku separuh dan hanya minum air kosong.
Lepas tiga bulan, baru saya try diet baru… saya makan roti kering, air masak, apple hijau dan air lemon kosong panas. Yang paling penting bagi saya exercise.
Sekarang, saya amalkan makan suku-suku separuh dan kurangkan gula serta minyak. Untuk sampingan pula, sahaja selalu amalkan makan apple hijau dan telur rebus serta air kosong 3 liter sehari.
Senaman
Kalau senaman saya suka jogging dan lompat bintang serta bermain besi (dumble) setiap hari bila ada waktu kelapangan.
Mungkin korang boleh cuba tips yang dikongsikan oleh pemuda ini jika mahu turunkan berat badan secara sihat. Tetapi yang paling penting adalah semangat dan disiplin kena tinggi.
Sumber: Aizat Arifin