Siakap Keli
Sumber: Nuristani365

(Video) Dapat Tangan ‘Baharu’, Reaksi Anak Kecil Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Wajah yang pernah bermuram durja satu masa dahulu gara-gara kehilangan salah satu anggota badan kini bertukar dengan riak syukur kegembiraan.

Begitulah seperti yang dirakam dalam video yang dimuat naik di laman Twitter Nuristani365 baru-baru ini, memaparkan gelagat seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

Dalam video berdurasi 55 saat itu, kanak-kanak tersebut memiliki tangan kudung di sebelah kiri, dipercayai hanya sepanjang setakat lengan melebihi siku.

Dalam masa sama seorang individu dipercayai jururawat memasangkan sebatang tangan palsu yang disarungkan ke tangan kudung kiri kanak-kanak OKU berkenaan.

Setelah tangan palsu itu selesai dipasang sempurna, ia sekaligus menampakkan tangan kanak-kanak itu seperti sediakala yang turut dilengkapi dengan jari-jemari.

Justeru, terukir rasa gembira bercampur sebak di wajah kanak-kanak OKU tersebut apabila dia menyedari sebahagian tangan kirinya yang pernah ‘hilang’ kini sudah ‘sempurna’ semula.

Video itu telah ditonton lebih 230,000 kali tontonan setakat ini dan meraih pelbagai maklum balas warganet, rata-rata mereka terharu dengan reaksi kanak-kanak itu.

“Wajahnya menceritakan segalanya..” kata warganet Twitter bernama 18Spurs Marco82.

“Semoga Allah merahmatinya dan memberikannya segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ameen,” kata Spongey.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.