Siakap Keli
Gambar : TikTok abangcomot

(Video) Stereng Bergegar Bila ‘Drive’, Periksa Bahagian Ni Dulu Untuk Tahu Masalah

Pernah tak anda alami stereng kereta tiba-tiba bergegar? Lebih-lebih lagi ketika sedang memandu untuk berjalan jauh, seperti pergi makan angin, balik kampung dan sebagainya.

Apabila pemanduan mula berasa ganjil, sudah semestinya ia akan mengganggu fokus pemandu itu dan menyebabkan perjalanan kita kurang ‘smooth’.

Salah satunya ialah stereng bergoyang. Jika anda pernah mengalami situasi ini, pastinya akan timbul rasa gelisah dan tidak senang walaupun had kelajuan yang dipandu bawah daripada 80 km/j ke atas. Ada juga yang kata brek tak tekan pun, tetapi stereng masih lagi kereta masih lagi bergegar.

Menerusi video daripada TikTok abangcomot, lelaki ini ada berkongsikan punca dan cara untuk mengelakkan stereng anda bergegar lagi.

Antara perkara yang perlu anda lakukan, adalah dengan periksa stereng bush kenderaan anda. Jika terasa longgar, itulah salah satunya penyebab stereng anda bergegar.

Tambahnya lagi, apabila stereng bush sudah koyak, maka anda perlu menukarnya dengan baharu supaya situasi ini dapat dielakkan. Stereng bush yang rosak juga boleh menyebabkan alignment kereta tak ‘cun’ walaupun sudah diselaraskan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saksikan video di bawah.

@abangcomot

Reply to @tyka.milo mungkin ini puncanya #learnontiktok #jombelajar #tanyaabgcomot

♬ RINGKITING DJ KARDUS WILFEX BOR – 🌀WILFEXBOR🌀

Sumber : TikTok abangcomot

Fathin Nadzira