Siakap Keli
Gambar: News Nine

Dua Filem Bertajuk Omicron Tahun 1963 Dan 2013 Jadi Trending Lepas Varian Omicron Dikesan

Seperti yang kita tahu, satu lagi varian baharu COVID-19 telah dikesan minggu lalu dan kini dikategorikan sebagai variant of concern (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Susulan kemunculan varian berkenaan, Omicron menjadi topik yang sedang hangat diperkatakan dan menjadi antara kata kunci yang paling kerap dicari di Google sejak kebelakangan ini. Pun begitu, carian perkataan Omicron ni tak hanya menjurus kepada varian COVID-19, malah dua filem dengan judul tersebut turut sama trending sejak kehadiran varian baharu itu diumumkan.

Dua filem yang dimaksudkan bertajuk Omicron dan The Visitor from Planet Omicron. Omicron merupakan sebuah filem klasik Itali yang pertama kali ditayangkan sekitar tahun 1963, manakala The Visitor from Planet Omicron pula adalah filem sains fiksyen keluaran tahun 2013.

Gambar: News Nine

Walaupun memiliki jalan cerita yang berbeza, kedua-dua filem ini mempunyai banyak persamaan termasuk. Omicron dan The Visitor from Planet Omicron mengetengahkan konsep makhluk asing yang datang ke bumi.

Filem Omicron mengisahkan makhluk asing yang memasuki tubuh manusia dengan tujuan menakluki bumi. Sementara dalam The Visitor from Planet Omicron pula, makhluk luar angkasa yang sering dipanggil alien ini datang ke bumi dengan membawa virus.

Yang mana bosan tak tahu nak tengok movie apa hujung minggu ni boleh la layan dua movie ‘Omicron’ ni. Selamat menonton!

Sumber: News Nine

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.