Bawa barang naik motosikal bukan lagi perkara yang asing buat orang ramai. Rata-rata daripada mereka terpaksa menggunakan motor untuk angkut barang walaupun kini sudah disediakan pekhidmatan sewa lori. Namun, perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya buat penunggang dan pembonceng.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di TikTok, di mana seorang netizen memuat naik seorang lelaki yang membawa cermin besar di atas motosikal.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan dua lelaki sedang menunggang motosikal di atas jalan raya. Turut terlihat seorang pembonceng lelaki sedang memegang cermin besar yang dikatakan baru dibelinya.
Apa yang lebih melucukan cermin itu menghadap ke arahnya dan penunggang itu seakan-akan sedang merenung diri sendiri.
Menurut laporan Suara.com, pembonceng itu berbuat sedemikian kerana tidak mahu mengganggu penunggang motosikal itu.
Selain itu, ada satu lagi video yang dimuat naik oleh TikTok fiskal_99 di mana apabila si penunggang motosikal itu brek, ternampak kepala pembonceng itu terlanggar cermin di hadapannya.
@fiskal_99 gak kuat gua asli😂 #fyp #kampungdurianruntuh #pekanbaru
Video tular ini telah mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah likes sebanyak 1.4 juta. Ada juga yang meninggalkan komen kerana terhibur dengan video tersebut.



Sumber : Suara.com