Siakap Keli

Lelaki Bersenjata Dikesan Mundar-mandir Di Depan Bangunan PBB Di New York

Pasukan pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dilapor sedang berunding dengan seorang lelaki yang dipercayai memegang senapang patah di luar bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Daily Mail.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter, lelaki itu dilihat sedang bermundar-mandir di luar bangunan di Bandar Tudor itu pada jam 10.39 pagi waktu tempatan.

Lelaki yang disyaki berusia dalam lingkungan 60-an itu memakai sweater merah dan jaket coklat.

Pihak polis telah memujuk lelaki itu untuk meletakkan pistolnya.

“Letakkan pistol, ada cara yang lebih baik untuk menyampaikan mesej kamu,” kata pihak polis.

Ketika rundingan itu, lelaki tersebut dilapor mengancam untuk mencederakan dirinya sendiri.

Sementara itu, NYPD telah mengeluarkan amaran mengenai lalu lintas di kawasan itu sekitar jam 11 pagi kerana kenderaan kecemasan dijangka mengelilingi kawasan itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story