Siakap Keli
Gambar: Natipah Abu

Meja Makan Berlantaikan Tanah ‘Musnah’ Dibadai Hujan, Anak-Anak Tahfiz Rayu Sumbangan Lantai Simen & Kerusi Meja Plastik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apa perasaan anda kalau anak-anak anda di sekolah, mereka makan hanya di atas tanah? Mesti tersentuh hati melihatnya, bukan?

Begitulah seperti apa yang dialami oleh kira-kira 100 anak-anak tahfiz di sebuah pusat tahfiz Al-Quran di Gurun, Kedah ini.

Bayangkanlah. Mereka tidak pernah ada tempat makan yang ‘sempurna’. Malah yang ada pun, sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Luluh hati melihat nasib mereka yang gigih hidup di sini demi untuk mempelajari Al-Quran, namun apakan daya, keadaan sekeliling belum ‘mengizinkan’.

Mari ikuti perkongsian Sedekah Jumaat oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu seperti di bawah ini. Semoga kisah ini menjentik hati kita untuk membantu mereka.

Sedekah Jumaat: Pondok Tahfiz At-Taqwa, Gurun, Kedah
Keperluan: RM7,000
Sumbangan: Maybank Jariah Qaseh 552107634719

Mempunyai 100 orang pelajar yang berusia 13 – 18 tahun, pusat tahfiz ini belum mempunyai dewan makan yang sempurna.

Mereka makan di bawah khemah yang berlantaikan tanah menggunakan beberapa buah meja banquet terpakai sumbangan orang.

Pihak tahfiz memanjangkan hajat membantu mereka menurap simen di bawah khemah sebagai tapak ruang makan, selain untuk mendapatkan meja dan kerusi plastik untuk digunakan sebagai meja makan.

PKP dulu, pusat tahfiz ditutup. Meja makan yang ada di bawah khemah semuanya rosak dek tempias hujan dan tidak boleh digunakan lagi.

Maka itu, Sedekah Jumaat kita hari ini diakad untuk dengan niat menurap simen, membeli kerusi dan meja plastik kepada 100 orang pelajar Pondok Tahfiz At-Taqwa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur, sebab Allah bantu saya. Hantar orang yang baik, bantu sekolah tempat anak-anak saya mengaji. Anak-anak saya tu, hidup saya. Rupanya Allah dengar doa saya,” – Ustaz Abdul Hadi bin Mohammad Zahir Kb Pa.

Jumaat yang barakah, semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

**nota: akaun Sedekah Jumaat kita yang lama MBB 552107617521 masih boleh digunapakai

Sumbangan boleh disalurkan kepada Natipah Abu melalui nombor akaun 552107634719 (Maybank) atas nama Jariah Qaseh. Semoga sumbangan anda dapat mengukir senyuman buat anak-anak tahfiz ini. InsyaAllah.

Sumber: Natipah Abu

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.