Seorang ahli parlimen di New Zealand telah menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia selepas berita berkenaannya berbasikal ke hospital untuk melahirkan tular pada hari Ahad yang lalu.
Menurut sebuah perkongsian dalam media sosialnya, Julie Anne Genter, 41, menaiki basikal pada hari Ahad dan menuju ke hospital ketika dia mengalami sakit hendak bersalin. Walaupun begitu, dia telah tiba di hospital dengan selamat dan melahirkan bayi perempuan yang sihat sejam kemudian.
Genter yang juga merupakan seorang penyokong sukan berbasikal memberitahu di dalam sebuah perkongsian menerusi Instagram miliknya bahawa dia tidak berniat untuk berbasikal ketika mahu melahirkan bayinya.
Namun, insiden tersebut telah berlaku secara spontan jelasnya ketika dia berbasikal, kontraksinya tidak begitu teruk pada peringkat awal. Bagaimanapun, kontraksi semakin kuat apabila dia tiba di hospital kira-kira 10 minit kemudian.
“Pada pukul 3.04 pagi ini, kami mengalu-alukan ahli terbaru keluarga kami. Saya benar-benar tidak merancang untuk berbasikal semasa bersalin, tetapi akhirnya berlaku,” tulis Genter.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagramnya beberapa jam kemudian, Genter turut memuat naik gambar suami dan bayi mereka.
Sumber: India.com