Siakap Keli
Gambar: ABC News

“Saya Tak Tarik Pun Picu”, Tragedi Kru Penggambaran Maut Tertembak, Alec Baldwin Buka Mulut Buat Kali Pertama

Alec Baldwin telah membuat kemunculan pertama di sebuah rancangan temu bual TV sejak penggambaran filem Rust-dan ianya merupakan satu penggambaran yang emosional.

Pratonton pertama bagi rancangan ABC News tersebut menunjukkan Baldwin menangis teresak-esak ketika bercakap mengenai sinematografi Halyna Hutchins yang ditembak sehingga mati menggungakan prop senjata api pada 21 Oktober lepas.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah apabila Baldwin menceritakan yang dia tidak menarik picu senjata tersebut semasa di temu bual oleh George Stephanopoulos.

“Kenapa awak menarik picu tersebut sedangkan ianya tiada dalam skrip?” tanya George. Baldwin menjawab “Picu tersebut tidak di tarik. Saya tidak tarik picu itu,” tegas Baldwin.

“Tak, tak, tak. Saya tidak akan pernah mengacukan senjata kepada seseorang dan menarik picu terhadap mereka, tidak sama sekali,” jawab Baldwin tetapi tiada penjelasan yang lebih daripada itu.

Menurut Yahoo!Entertainment, Baldwin turut mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana peluru ‘hidup’ boleh masuk ke dalam set penggambaran yang dia arah tersebut.

Baldwin menambah, “Seseorang mengisi senjata tersebut dengan peluru, sebuah peluru yang tidak sepatutnya pun ada di dalam set penggambaran tersebut.”

“Sampai sekarang saya masih tidak percaya apa yang terjadi,” kata pengarah itu. “Ianya tidak masuk akal.”

Pada hari kejadian, Baldwin memegang satu senjata api yang mereka perlu gunakan sebagai prop ketika merakam babak di dalam gereja sementara Hutchins dan yang lain memasang kamera untuk penggambaran di  Bonanza Creek Ranch berhampiran dengan Santa Fe, N.M.

Apabila senjata tersebut di lepaskan, peluru yang ada di dalamnya telah terkena pada sinematografi Hutchins sehingga meninggal dunia dan turut mencederakan pengarah Joel Souza.

Matthew, suami kepada sinematografi tersebut telah mencari peguam yang pakar dalam mengendalikan kes kematian seperti ini.

Matthew dikatakan akan membuat kemunculan umum pertamanya di Sidang Kemuncak Wanita Berkuasa tahunan keempat WrapWomen pada hari Rabu sebagai penghormatan kepada arwah isterinya.

Sumber: Yahoo!Entertainment

 

 

 

 

 

Zahirah