Siakap Keli

TERKINI: Kes Pertama Varian Omicron Dikesan Di Malaysia – Khairy

Kes pertama varian COVID-19 baharu, iaitu Omicron dikesan di negara ini, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy memaklumkan kes tersebut dikesan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

BACA: Pelancong Gelembung Pelancongan Langkawi Dari Negara Berisiko Perlu Jalani Ujian Pengesanan COVID-19 Tambahan – Khairy

Menurut Khairy, kes pertama tersebut melibatkan seorang individu bukan warganegara berusia 19 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Difahamkan, kes baru pulang dari Afrika Selatan atas urusan melawat keluarga dan masuk ke PMA KLIA melalui Singapura.

Kes telah menjalani arahan kuarantin wajib seorang diri di penginapan khas yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Tambah Khairy, perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas khas yang disediakan universiti.

Dalam pada itu, ujian saringan telah dijalankan ke atas lima kontak rapat termasuk pemandu bas dan keputusan bagi sampel pertama dan kedua adalah negatif.

Difahamkan, kes juga telah lengkap menerima vaksin Pfizer pada 29 September lalu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.