Siakap Keli
Gambar Via Tribun News

“Tiada Langsung Suara Tangisan,” Panik Rumah Terbakar, Ibu Tak Sengaja Tertinggal Anak Sedang Tidur Hingga Rentung

Seorang bayi berusia empat bulan dilaporkan rentung dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Desa Suka Pulih, Kecamatan Pedamaran, Sumatera Selatan pada Selasa.

Menurut Tribun News, bayi malang itu sedang tidur ketika kejadian tersebut berlaku.

Ibu mangsa, mengatakan bahawa dia dan anaknya sedang lena tidur dan dikejutkan dengan bunyi letupan.

“Saya hanya tinggal berdua dengannya. Ketika sedang tidur lena, saya tiba-tiba terdengar bunyi letupan dan melihat percikan api yang muncul tepat di atas tempat tidur kami,” katanya.

Namun, disebabkan terlalu panik, dia segera keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri tanpa membawa bayinya itu.

“Kerana keadaan panik, saya terus keluar rumah dan tidak ingat sama sekali pada anak yang sedang tertidur di dalam rumah.

“Anehnya suara tangisan anak saya tidak kendengaran sama sekali ketika kejadian,” ujarnya.

Setelah api berjaya dipadamkan, anaknya itu ditemui telah rentung. Melihat keadaan itu, dia meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menyelamatkan anak kecilnya.

Jurucakap Polis, Ganda Manik mengesahkan kejadian itu dan berkata kebakaran disyaki berpunca daripada litar pintas di bahagian bumbung rumah.

“Akibat kejadian ini mangsa mengalami kerugian kira-kira Rp 15,000,000,” katanya.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story