Siakap Keli
Gambar: FB Bomba Perak

(Video) Kejadian Tanah Runtuh: Bomba Perak Kongsi Foto-Foto Proses Menyelamat Di Balik Runtuhan Tanah

Semalam berlaku kejadian tanah runtuh di Kilometer 39 Jalan Simpang Pulai – Cameron Highland. Tragedi tersebut menyebabkan dua buah kenderaan dilapor tertimbus di bawah runtuhan tanah.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Bomba Perak, mangsa yang dikenal pasti dikesan melibatkan seorang pemandu lori dan pemandu kereta jenis MPV dilapor meninggal dunia di lokasi kejadian.

Operasi serta mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Unit Storm Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pasukan SMART dan Unit Pengesan K9.

Agensi-agensi lain yang turut telibat adalah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain.

Turut sama turun ke lokasi kejadian ialah Pengarah JBPM Perak iaitu YS PKPjB Azmi bin Osman.

Berikut di bawah adalah foto-foto kejadian yang dimuat naik dan dikongsikan di laman Facebook Bomba Perak.

Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak
Gambar: FB Bomba Perak

Sumber: FB Bomba Perak

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.