Makan pil perancang keluarga, darah boleh bertukar jadi warna hijau? Mana pergi darah merah? Macam mana darah merah boleh bertukar jadi warna hijau?
Atau…adakah darah hijau seperti dalam gambar di bawah ini adalah milik makhluk asing yang turun ke bumi? Sebenarnya apa yang anda lihat ini bukanlah darah alien, tetapi ia adalah tindak balas biologi yang berlaku dalam badan seseorang.
Bagaiman ia berlaku dan adakah ia berbahaya? Ikuti perkongsian menarik oleh Facebook Derma Darah Terengganu Kite seperti di bawah.
Berita tergempar! Alien sudah mendarat di Terengganu dan mereka sedang hidup bersama kita. Apa buktinya?
Lihat gambar ini. Ini adalah gambar plasma darah yang telah diasingkan daripada sel darah merah. Kebiasaannya berwarna kuning, tapi ada satu beg darah ni berwarna hijau! Jaga-jaga orang Terengganu!
Hehe, jangan takut. Kami bergurau sahaja. Fenomena darah hijau ini bukan sebab darah alien..

Peningkatan ceruloplasmin adalah faktor utama plasma darah menjadi warna hijau. Ianya boleh berlaku kerana makan pil perancang keluarga (seperti yang terjadi kepada penderma ini) dan penyakit sendi (seperti rheumatoid arthritis dan ankylosing spondylitis).
Selain itu, ubat yang mengandungi sulfonamides juga boleh sebabkan plasma menjadi hijau akibat penghasilan sulfhaemoglobin.
BACA JUGA: Satu-Satu Rakyat Malaysia Daripada 43 Orang Di Dunia Miliki Kumpulan ‘Darah Emas’
Adakah ia berbahaya?
Tidak, malah kajian menunjukkan plasma hijau ini lebih baik dari plasma biasa berwarna kuning kerana ianya mengandungi faktor koagulasi yang lebih tinggi, yang mana lebih baik dalam membantu menghentikan perdarahan.
Namun secara praktisnya kami tidak berikan plasma hijau kepada pesakit kerana para doktor mungkin akan syak jangkitan kuman Pseudomonas (kesan jangkitan berwarna kehijauan) apabila melihat warna plasma tersebut.
Apa yang penting, sel darah merah masih tetap berwarna merah.
Sumber: FB Derma Darah Terengganu Kite