Siakap Keli

Ramai Yang Selalu Buat, Jangan Guna Silicone Untuk Tutup Celah Sambungan Atap Genting, Boleh Sebabkan Kebocoran

Bila ingin membina rumah, banyak aspek yang perlu diteliti terutama ketika tempoh pembinaan dijalankan. Manakan tidak, jika kerja-kerja pertukangan dilakukan dengan cara yang salah, rumah mungkin akan mengalami kerosakan kelak.

Salah satu aspek penting yang tidak seharusnya diambil mudah adalah bumbung rumah.. Ia perlulah dibina dengan betul bagi mengelakkan sebarang kebocoran.

Bercakap mengenainya, seorang pengguna Facebook, Lee Wai Wan ada berkongsikan mengenai kesalahan ketika membina atau membaiki bumbung rumah. Menurutnya, ramai yang menggunakan silicone dengan cara yang salah sehingga menyebabkan kebocoran pada bumbung dalam tempoh beberapa bulan selepas penggunaan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesalahan penggunaan silicone pada bumbung rumah.

Hari ini ingin berkongsi berkenaan penggunaan silicone.

Silicone mempunyai banyak kegunaan dan banyak digunakan untuk menutup lubang kecil, paku, skru, bahagian dinding bumbung ataupun sambungan flashing atau capping. Di dalam pasaran, ada pelbagai jenis silicone ikut kesesuaian serta mempunyai daya tahan yang berlainan.

Walaupun silicone adalah sesuatu yang mesti digunakan semasa membina bumbung baru ataupun kerja pembaikan bumbung sedia ada. Namun sekiranya salah digunakan boleh menyebabkan malapetaka iaitu bocor yang lebih banyak. Banyak saya lihat penggunaan yang salah kerana ia digunakan untuk menutup di antara celah sambungan atap genting. Malapetaka itu tidak semestinya akan berlaku setelah silicone diletak, namun ia akan berlaku selepas beberapa bulan apabila silicone yang digunakan mengeras serta mula mengecut serta menghasilkan lubang di antara silicone dengan permukaan atap genting.

Mengapa ia mendatangkan malapetaka? Bayangkan tempat sambungan di antara 1 atap genting dengan atap genting adalah laluan air (longkang). Apabila laluan air ditutup, ingatkan ia akan menyelesaikan masalah. Namun sebenarnya ia adalah bermulanya masalah apabila lubang terbina apabila silicone mula mengecut. Maka lubang akan kelihatan. Apabila air lalu di sana, air akan masuk di antara celah-celah lubang, terkumpul dan akan melimpah masuk ke bawah atap genting.

Dilampirkan gambar di bawah untuk rujukan anda. Harap tidak lagi mengulangi kesilapan ini. Tips lain adalah pastikan rekaan bumbung anda cukup curam. Jika tidak, peluang air akan masuk juga akan lebih tinggi.

Anak panah merah adalah keadaan apabila silicone mengecut dan kelihatan lubang di mana air akan masuk ke dalam. Anak panah hijau adalah laluan longkang air yang telah ditutup menyebabkan air yang masih melalui lubang itu tersekat dan kemudiannya akan melimpah masuk ke bawah atap genting.

Sumber: Lee Wai Wan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.