Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah menamatkan sebuah latihan kursus All Arms Commando (AACC) selama 13 minggu di Commando Training Centre Royal Marines (CTCRM) di Lympstone, Devon, United Kingdom.
Berkat kegigihan dan semangat juang baginda yang tinggi ianya telah membuahkan hasil apabila baginda telah dikurniakan ‘Beret Hijau’.
Penyampaian ‘Beret Hijau’ tersebut telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Menurut Pelita Brunei, selepas Majlis Tamat Latihan, baginda bertitah, Kursus AACC adalah satu latihan kursus yang sangat mencabar sepanjang tempoh tiga bulan baginda di sana.
Walau bagaimanapun, peluang yang diberi untuk mewakili Negara Brunei Darussalam merupakan faktor yang membakar semangat Putera Mateen untuk terus bertahan.
Menyentuh mengenai kursus latihan tersebut, Putera Mateen bertitah bahawa AACC ialah kursus yang paling mencabar dari segi fizikal dan mental setakat ini. Dan ianya sangat berbeza daripada kursus-kursus lain yang pernah bagina sertai sebelum ini.
Sumber: Pelita Brunei