Siakap Keli
Gambar: Twitter Widino

(Video) Unik, Bangunan Usang Dengan Bumbung Berlubang Ini Diubah Menjadi Kedai Kopi

Biasanya kebanyakan pengusaha atau tauke kedai kopi pada hari ini lebih suka menggunakan konsep ‘hipster’, sesuai dengan gaya orang muda kontemporari.

Selain itu, kedai kopi juga menjadi tempat untuk orang berehat, melayan waktu privasi sendiri atau membaca novel sambil menghirup secawan kopi panas.

Tapi percaya atau tidak, ada juga kedai kopi yang dibuat di dalam bangunan usang yang tidak sempurna strukturnya. Pendek kata, ‘abandoned coffee house’.

Itulah seperti yang berlaku di Indonesia, sebuah kedai kopi yang memiliki suasana paling unik – pelanggan minum kopi di bawah bumbung yang sudah berlubang!

Gambar: Twitter Widino
Gambar: Twitter Widino

Seorang warganet warga Indonesia, Widino baru-baru ini berkongsi beberapa gambar suasana kedai kopi ‘usang’ berkenaan di laman Twitternya.

“Tak faham lagi, kedai kopi zaman sekarang makin berani konsepnya.

“Ikutkan ini bangunan tua, rumah kosong entah sudah berapa lama dijadikan kedai kopi.

“Terasa sangat aroma bangunan tuanya haha. Feel rumah kosong mangkaraknya dapet ini mah, atap-atap, kayu-kayu lapuknya alami,” katanya di Twitter.

Difahamkan, nama kedai kopi usang ini ialah Sama Dengan, terletak di Cipaganti, Kota Bandung di Jawa Barat.

Gambar: Twitter Widino
Gambar: Twitter Widino
Gambar: Twitter Widino

Perkongsian ini banyak menerima pelbagai reaksi daripada warganet, rata-ratanya agak pelik dengan konsep yang digunakan oleh tauke kedai kopi tersebut.

Seorang warganet bernama Nerimo berkata, tauke kedai ini tak perlu susah-susah nak guna bomoh untuk pelaris. Kedai ini sudah ‘tersedia’ segalanya.

“Bangunan-bangunan tua gini malah menguntungkan banget buat para pengusaha F&B gak si? Kan jadi gak perlu report ke dukun buat minta jin pelaris, soalnya di situ udah tersedia banyak pilihan, tinggal capcipcup,” selorohnya.

“Aduh ini kan F&B ya, gimana kalo ada serpihan pasir semen dari tembok yang dibobok dan kena makanan/minuman?

“Belum lagi kalo ada sisa kelupasan cat dari tembok atau plafon yang jatuh kena makanan/minuman. Estetik (fasad) tanpa mengurangi safety itu wajib, kerana ini bisnes F&B loh,” ulas pengguna Twitter bernama Yusuf Maulana.

 

 

 

Sumber: Twitter Widino

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.