Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Arab Saudi Menerima Kemasukan Pelancong Yang Disuntik Dengan Vaksin Sputnik COVID-19

MOSCOW: Arab Saudi telah memberikan kelulusan untuk orang luar memasuki negara itu dengan syarat mereka perlu divaksin dengan suntikan Sputnik Rusia terlebih dahulu. Kemasukan ke Arab Saudi bagi umat ISlam adalah bagi umat Islam menunaikan ibadah haji atau umrah.

“Kerajaan Arab Saudi telah memberikan kelulusan untuk kemasukan individu yang divaksin dengan vaksin Sputnik V Rusia mulai 1 Januari 2022,” kata Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), yang membiayai pembangunan Sputnik V dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, keputusan itu akan membolehkan umat Islam dari seluruh dunia yang telah divaksin dengan Sputnik V untuk ke tapak paling suci Islam di kota Mekah dan Madinah bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah. Pelancong asing yang telah divaksin dengan Sputnik masih perlu dikuarantin selama 48 jam dan mengambil ujian PCR.

“Arab Saudi telah menyertai lebih 100 negara yang menerima pelawat yang divaksin dengan Sputnik” kata RDIF. Jelasnya lagi, hanya 15 negara termasuk Amerika Syarikat ketika ini memerlukan pengembara disuntik dengan vaksin selain Sputnik.

Haji – satu kemestian bagi umat Islam yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka – biasanya membawa berjuta-juta jemaah ke tempat keagamaan yang sesak dan boleh menjadi sumber utama penularan semasa wabak itu.

Wabak coronavirus telah memasuki tahun kedua sehingga akhirnya memaksa pihak berkuasa Saudi untuk mengecilkan haji secara mendada. Hanya 60,000 rakyat dan penduduk kerajaan yang telah diberi vaksin sepenuhnya dapat mengambil bahagian tahun ini.

Coronavirus telah membunuh lebih daripada 5 juta orang sejak muncul di China pada Disember 2019. Negara Rusia telah mendaftarkan Sputnik V pada Ogos 2020 sebelum ujian klinikal berskala besar sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar mengenai proses yang pantas.

Tetapi ia telah diisytiharkan selamat dan lebih 90 peratus berkesan dalam laporan yang diterbitkan oleh jurnal perubatan terkemuka The Lancet. Namun begitu, vaksin Rusia setakat ini belum diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau oleh pihak berkuasa perubatan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Sumber: CNA News

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.