Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa-apa jenis pun tak kisah). Yang di bawah ni saya guna mangga kuini muda.
Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap. Asam gelugor tempat saya susah na jumpa. Kalau buah mangga senang. Kat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor. Dia guna asam keping buah mangga muda ni je.
Saya belajar dan buat sendiri dari dia. Caranya ada di gambar di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua sahabat-sahabat.
- Buah dipotong nipis-nipis
Buah mngga muda yang dikupas di potong nipis2 atau hiris kecil2 pun boleh. Janji senang kering. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betul-betul kering dan simpan dalam botol kedap udara… baru tahan lama.
- Jemur di bawah panas terik.
- Lagi nipis lagi cepat kering
Potong nipis-nipis atau hiris kecil pun boleh. Janji senang kering.
- Contoh buah mangga muda
Gambar ambil dari google sebab tak sempat snap gambar buah mangga muda.
Terima kasih atas respond. Ramai yang tanya perlu kupas kulit ke tak? (ada saya terangkan dalam cara-cara tapi takpa mungkin terlepas pandang). YA perlu kupas kulit. Yang tanya apa-apa jenis mangga pun boleh ke? Ya macam saya jelaskan di atas apa-apa jenis mangga pun boleh.
Yang minta izin share saya tak kisah dan izinkan. Lebih ramai share lebih ramai dapat manfaat. Harap di musim PKP ni dapat menolong ramai berjimat guna apa yang ada di sekeliling.
Sumber: Suez Tiez