Bagi seorang penggemar kucing, kucing yang dipelihara mereka bukan sekadar haiwan tetapi merupakan sebahagian dari keluarga mereka. Penggemar kucing sudah pasti menyediakan tempat tinggal, makan dan minum untuk kucing peliharaan mereka.
Namun, ada masa kucing ‘buat hal’ di mana tiba-tiba ia mengidam untuk makan makanan lain. Itulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun Myra Kunchit di group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?
Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat, kucing milik Myra ini telah makan kek lapis yang dipesan oleh pelanggan Myra.
“Dia siap buat muka kesian kat kita. Nak marah pun tak sanggup kalau tengok muka kesian dia tu”, katanya dalam kapsyen perkongsian tersebut.



Sumber: FB Myra Kunchit via Group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?