Baru-baru ini, ada seekor kucing yang mula mendapat perhatian umum kerana mempunyai wajah yang iras-iras watak movie Shrek 2 iaitu ‘Puss In Boots , lapor Daily Mail.
Kucing yang diberi nama Pisco The Cat itu tinggal di New York bersama tuannya. Sehingga kini, ia telah meraih lebih 600 ribu pengikut di laman Instagramnya iaitu @pisco_cat.
Pisco dikatakan mempunyai bulu yang berwarna kuning seperti kunyit, mata ‘seolah-olah merayu’ yang sangat sama dengan watak Puss in Boots daripada Filem Shrek 2.
Gambar-gambar yang dimuat naik di laman media sosial kucing itu memperlihatkan wajahnya yang sangat comel dengan kostum dan suka bermanja dengan tuannya.

Tuan Pisco pernah memuat naik ruangan soalan (Q&A) di Instagram kucing itu, dan dia pernah memberitahu bahawa kucing tersebut dulunya sangat penakut dan tidak gemar orang memegangnya tetapi kini kucing itu semakin jinak.

“Apabila kami mula-mula mendapat Pisco dia bukanlah seperti sekarang, dulu dia sangat penakut dan tidak mahu kami memegangnya atau menyentuhnya sama sekali.” tulis tuan Pisco.
”Tetapi setiap hari kami tunjukkan dekat Pisco ‘tiada apa-apa’ dan kami juga tidak memaksa kucing itu untuk memeluk atau pegang dia secara paksa.”
“Tidak lama lepas itu, Pisco semakin suka bermanja.” jelas tuannya.
Sumber: Daily Mail