Siakap Keli
Foto: Jinggo Zaidi

Sampai Kena Serbu Dengan Polis, Ubah Suai Rumah Sorang-Sorang Waktu PKP, Belajar Dari Youtube Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tidak suka apabila rumahnya diubahsuai menjadi lebih cantik dan ada ‘aura’ baru di dalam rumah tersebut. Ya, tidak dinafikan jika seseorang itu memiliki ‘tangan’ yang kreatif, semua benda akan menjadi.

Seperti kisah seorang lelaki yang dikenali Jinggo Zaidi ini mulakan cabarannya dengan mengubahsuai rumah kediamannya sendiri hanya merujuk kepada saluran Youtube sahaja.

Jelasnya, semasa proses mengubahsuai rumah dijalankan dalam tempoh PKP. Tambahan lagi, bajetnya untuk mengubah bentuk rumahnya sedikit dan tidak cukup untuk mengupah tukang rumah.

Bagaimanapun, walaupun bukan dari pengalaman kerja ini Zaidi berjaya menghasilkan reka bentuk yang elegan dan ‘fresh’ untuk rumahnya.

“Antara kerja gila yang pernah aku buat time PKP hari tu. Semua belajar dari Wak YouTube je. Teringin nak renovate rumah tapi budget ciput.”

Asal nak pecah toilet je, sekali ikut cakap bini jadi satu rumah aku pecah. Masalah yang aku hadapi terpaksa buat sorang-sorang pasal time PKP. Kene serbu gak lah dengan polis, seb baik aku sorang je dalam rumah tu.

Macam nak patah pinggang beb, akhirnya dapat jugak kami satu family masuk rumah. Dengan budget ciput yang ade aku dapat beli sekali perabot baru. kalau upah org agaknye dapat buat toilet jelah gamaknye.

Rumah kecik je, seb baik. Alhamdulillah

Gambar sebelumĀ 

Gambar semasa mengubah suai rumah

Walaupun hanya rujuk pada saluran Youtube sahaja, hasil kerja akhirnya sangat mengagumkan ramai orang.

 

Sumber: Jinggo Zaidi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang