Siakap Keli
Gambar : TikTok noon_120945

(Video) Lebih 13 Juta Tontonan, Lelaki ‘Selamber’ Redah Banjir Guna Basikal, Muka ‘Steady’ Kayuh Lawan Air

Siapa sahaja yang berani untuk redah banjir? Umum mengetahui bahawa orang ramai tidak digalakkan meredah banjir sendiri kerana bimbang akan berlaku perkara yang membahayakan diri dan nyawa mereka.

Selain itu, ada juga yang takut sekiranya mereka terlanggar binatang-binatang berbisa seperti ular atau biawak ketika meredah banjir. Daripada elok nak ke kawasan yang selamat, terpijak pula ‘member’ semasa nak melintas. Bahana dapat, sakit pun dapat.

Tetapi, hal ini berbeza dengan keadaan di negara jiran kita, Thailand apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dengan ‘selamba’ sahaja meredah banjir dengan basikal miliknya.

Menerusi perkongsian video daripada TikTok noon_120945, separuh badannya ditelenggami air dan sedang bergerak ke arah kawasan yang tinggi. Pada mulanya, orang ramai beranggapan dirinya sedang berenang atau menaiki sesuatu untuk ke darat.

Apa yang lebih mengejutkan apabila sampai sahaja ke kawasan darat, lelaki itu sebenarnya sedang mengayuh basikal pada masa itu.

Dalam video tersebut, lelaki itu hanya memakai jaket keselamatan pada badannya dan sedang mengayuh basikal dari kawasan banjir itu ke kawasan darat.

@noon_120945

#หลังสวนชุมพร

♬ เสียงต้นฉบับ – เฮียป่อง ไทบ้าน – เฮียป่อง ไทบ้าน

Video yang dikongsikan itu telah mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 13.4 juta. Rata-ratanya ada yang terhibur melihat aksi tersebut.

Gambar : TIkTok noon_120945
Gambar : TIkTok noon_120945
Gambar : TIkTok noon_120945
Gambar : TIkTok noon_120945

Sumber : TikTok noon_120945

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.