Seperti yang kita tahu, harga minyak di pasaran pada waktu sekarang boleh dikatakan agak mahal. Oleh itu, ramai mula berjimat-cermat dalam menggunakan minyak masak. Ada yang sampai sanggup menggunakan minyak yang sama berulang kali.
Apa yang menjadi masalah adalah apabila kita kerap menggunakan minyak yang sama, ia cepat kotor. Terutama sekali apabila kita menggoreng makanan yang mudah hangus dan mempunyai bahan perapan. Kini, anda boleh berjimat dengan menggunakan minyak yang sama selepas anda bersihkannya dengan tepung jagung.
Menerusi perkongsian video dari pemilik akaun TikTok @vynamoniccaaa, ini tips yang anda boleh lakukan untuk menjernihkan minyak masak yang sudah kotor dengan menggunakan tepung jagung.
Untuk lebih mudah faham, boleh ikuti tips ini di akaun TikTok milik Vyna Monicca.
@vynamoniccaaa Bersihin minyak kotor pake tepung #tips #trick #menuviral #steincookware #lifehack #lifehacks @steincookware
♬ 3rd World Free Boski Trunt Up (feat. Lil Blood) – Lil Goofy
Menjengah ke ruangan komen pula, warganet sempat meninggalkan komen tentang kenaikan harga minyak.
Sumber: TikTok