Siakap Keli
Gambar : Instagram andrea88476

Wanita ‘Bibir Paling Besar Di Dunia’ Mahu Besarkan Lagi Bibirnya, Jalani Suntikan Kali Ke-27 Krismas Ini

Wanita Bulgaria yang memiliki bibir ‘paling besar di dunia’ mahu menjalani prosedur suntikan bibir kali ke-27 pada Krismas nanti, lapor New York Post.

Andrea Ivanova, 24, berasal dari bandar Sofia berkata dia berharap suntikan kali ini dapat membesarkan lagi bibirnya supaya kelihatan seperti anak patung Bratz.

“Saya sangat menyukainya dan berasa lebih baik dengan bibir ini,” jelasnya.

Ivanova mendapat suntikan buat pertama kali beberapa tahun lalu apabila dia dipercayai tidak berasa selamat mempunyai bibir nipis.

Katanya lagi, selepas mendapat suntikan tersebut, keyakinan dirinya terus meningkat dan telah mendapat perhatian daripada lelaki.

“Ramai lelaki di seluruh dunia akan meninggalkan komen di rangkaian media sosial saya menawarkan wang, trip dan akan menjemput saya untuk bertemu.”

Jelasnya, dia tidak bimbang sekiranya bibirnya pecah, walaupun telah mendapat suntikan lebih daripada dua dozen prosedur.

Lebih daripada $5,000 (RM 27, 993) telah dibelanjakannya untuk mendapatkan bibir yang ‘sempurna’ itu.

Berdasarkan laporan Daily Mail, Ivanova juga baru-baru ini dikatakan telah mendapatkan rawatan untuk melakukan prosedur memanjangkan dan membentuk kontur mukanya bagi mengubah bentuk dagu serta rahangnya.

Sumber : New York Post

Fathin Nadzira