Siakap Keli
Gambar via Google

Bahaya Korek Telinga Dengan Putik Kapas, Ini 3 Cara Bersihkan Tahi Telinga Korang Patut Tahu

Mesti ramai yang pernah korek telinga dengan putik kapas kan? Kebanyakan antara kita merasakan putik kapas atau sering dipanggil cotton bud ini adalah cara terbaik untuk membersihkan telinga, memandangkan cara ni dah kita gunakan sejak kecil lagi.

Tapi kalau korang nak tahu, amalan mengorek telinga menggunakan putik kapas adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Putik kapas bukan saja menolak tahi telinga atau earwax makin jauh lebih ke dalam, malah ia juga berisiko mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius.

Berhenti korek telinga dengan putik kapas!

Kotoran dari dalam telinga atau sering dipanggil tahi telinga akan terbentuk dalam satu jangka masa secara semulajadi tak kira seberapa kerap korang bersihkan telinga korang. Oleh itu, menurut laporan Daily Express, pakar menasihatkan agar tahi telinga ni dibiarkan sahaja selagi ia tak mendatangkan apa-apa masalah pada pendengaran.

Walaupun korek telinga dengan putik kapas ni bagi kebanyakan orang adalah suatu langkah untuk menjaga kebersihan, tapi sebenarnya perbuatan ini mendatangkan lebih banyak buruk dari baiknya. Mungkin rata-rata daripada kita rasa puas bila dapat korek telinga dengan putik kapas ni. Tapi hakikatnya, korang tak keluarkan pun kotoran-kotoran tu tapi ia semakin masuk ke dalam.

Gambar: Daily Express

Mengorek telinga dengan putik kapas boleh menyebabkan kotoran semakin masuk ke dalam, malah berkemungkinan sampai ke gegendang telinga. Jika perkara ini terjadi, gegendang telinga boleh tercedera dan mengakibatkan jangkitan.

Cara korek telinga dengan efektif

Tapi kalau korang rasa tak selesa dan terganggu dengan kotoran dalm telinga, alternatif yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu. Menurut artikel yang diterbitkan di laman web Healthline, terdapat beberapa cara yang boleh korang amalkan untuk bersihkan tahi telinga dengan efektif, tanpa guna putik kapas.

1. Serbuk penaik

  1. Larutkan separuh sudu teh serbuk penaik ke dalam 60 mililiter air suam
  2. Tuangkan larutan ke dalam penitik atau pipette
  3. Sengetkan kepala ke sisi
  4. Titis lima hingga 10 titisan larutan ke dalam telinga
  5. Biarkan larutan di dalam telinga kira-kira sejam
  6. Cuci telinga dengan air
  7. Ulang langkah ini sekali sehari selama dua minggu hingga kotoran di dalam telinga keluar

2. Minyak semulajadi

  1. Tuangkan minyak semulajadi pilihan (minyak bayi, minyak kelapa, glycerin, minyak mineral atau minyak zaitun) ke dalam penitik atau pipette
  2. Sengetkan kepala ke sisi
  3. Titis larutan ke dalam telinga
  4. Kekalkan kepala dalam posisi yang sama selama lima minit
  5. Ulang langkah ini dua kali sehari dan tahi telinga akan keluar dengan sendiri
Gambar: Daily Express

3. Pengairan telinga

Satu lagi alternatif mudah untuk membersihkan telinga adalah dengan ‘menembak’ air ke dalam telinga lepas korang buat salah satu cara di atas. Korang boleh dapatkan picagari getah berbentuk mentol yang direka khas membersihkan telinga bagi membantu proses ini. Rujuk panduan di bawah untuk ketahui lebih lanjut:

  1. Sengetkan kepala ke sisi
  2. Lapikkan tuala tebal di bawah telinga
  3. Pancutkan atau ‘tembak’ air suam dari picagari mentol getah ke dalam telinga selama lima ke 15 minit
Gambar: How to Clean Things

Ketiga-tiga cara yang dikongsikan mungkin dapat membantu membersihkan telinga korang tanpa menyebabkan tahi telinga semakin masuk ke dalam. Tapi kalau cara-cara ni tak berkesan dan kotoran dalam telinga mengganggu pendengaran korang, cepat-cepat jumpa doktor atau pakar perubatan untuk dapatkan nasihat.

Sumber: Daily Express

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.