Seorang lelaki secara tidak sengaja telah membeli sebuah lukisan hasil karya asli Albrecht Dürer (A.D) pelukis zaman Renaissance hanya pada harga £22 (RM123.19), lapor The Mirror.
Dia sangat terkejut apabila mengetahui tentang karya seni itu selepas mengambil lakaran pada penjualan estet dengan harga tersebut.
Menurut laporan, harga sebenar lukisan tersebut dianggarkan bernilai sekitar £37 juta (RM 207,153,165. 96).

Lelaki yang tidak diketahui nama tersebut dikatakan membeli lukisan tersebut kerana menyukai lakaran ibu dan anak tanpa bingkai dan dilukis dengan elegan pada linen kuning.
Jelas lelaki itu, dia sangat tertarik dengan lukisan tersebut ketika melihatnya sendiri dan tidak menyangka lukisan ini merupakan karya seni asli yang sangat bernilai.
Setelah dinilai oleh pengkritik dan pakar seni, lukisan tersebut disahkan adalah milik A. D. dan anggaran konservatif adalah bernilai sekitar £37 juta (RM 207, 150, 661.20).
Dia dikatakan membeli lukisan tersebut daripada sebuah keluarga arkitek bernama Jean Paul Carlhian di Massachusetts.
Menurut keluarga itu, lukisan itu telah diberikan kepada ahli keluarga mereka secara turun temurun.
“Ia adalah detik yang luar biasa apabila saya melihat sendiri Dürer. Ia sama ada pemalsuan terbesar yang pernah saya lihat atau karya agung,” jelas Clifford Schorer, pengumpul seni.
Lukisan tersebut dikatakan telah dihasilkan dengan monogram artis dibuat dengan dakwat yang sama dipaparkan dalam lukisan dan dilakukan di atas kertas yang mempunyai tera air untuk 200 helaian kertas yang digunakan oleh pelukis.
A. D merupakan seorang pelukis, ahli matematik dan pengukir Jerman pada zaman Renaissance dan mempunyai pengaruh besar di Eropah kerana cetakkan kayunya yang berkualiti tinggi ketika berumur 20-an lagi.
Sumber : The Mirror