Siapa sangka, kucing yang dipelihara dan dibelai setiap hari tiba-tiba ada harinya dia kurang aktif, tidak seperti hari-hari kebiasaannya.
Dah la kurang aktif, makan dan minum pun tak berusik. Haiwan juga ternyata mempunyai perasaan seperti manusia. Kalau dah rasa sedih, mungkin kucing itu tak lalu nak makan dan minum.
Begitulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aznanordin.
Melalui perkongsian video di akaun ini, terdapat seekor kucing yang dikatakan rapat dengan tuannya yang merupakan anak kepada pemilik akaun TikTok ini.
Menurut Azna Nordin, kucingnya yang bernama ‘Cinta’ itu dan 4 ekor kucing yang lain dibeli olehnya untuk dijadikan salah satu ikhtiar untuk anaknya yang menghidapi penyakit neuro untuk sembuh.

@aznanordin Cinta ni rapat dengan anak sy. Anak sy pi belajar kat perlis. Kesian pulak tengok dia.
Anaknya dikatakan telah keluar untuk menyambung pengajian di Perlis beberapa hari lalu. Disebabkan itulah, kucing itu dikatakan sentiasa berada di bilik anaknya itu.
Menerusi perkongsian video ‘Cinta’ ini dilihat langsung tidak mempunyai selera untuk makan atau minum kerana dikatakan rindu akan tuannya.
Lebih menyedihkan lagi apabila ‘Cinta’ dilihat sentiasa baring di atas kerusi yang pernah diduduki oleh tuannya sebelum ini.
@aznanordin
Malah, ada juga perkongsian video yang memaparkan kucing itu baring sambil memeluk baju yang pernah dipakai oleh tuannya.
@aznanordin
Menurut Azna Nordin sekali lagi, ‘Cinta’ dan seekor lagi kucing bernama ‘Melor’ sangat setia dan rapat dengan anaknya. Tetapi ‘Melor’ sudah tiada dua tahun yang lalu selepas anaknya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kini, setelah pemilik akaun memujuk-mujuk kucing tersebut, ‘Cinta’ dikatakan sudah ada selera untuk makan dan minum cuma ianya masih tidak mahu untuk keluar daripada bilik tuannya.
@aznanordin Alhamdulillah Cinta dah nak makan dan minum. Setianya kucing ni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian video itu. Malah ada juga yang mencadangkan cara untuk menghilangkan rindu kucing itu terhadap tuannya.





Sumber: TikTok @aznanordin