Siakap Keli
Gambar: TikTok @naziranawawi

(Video) Suami Isteri Terharu, Sebak Dapat Beli Peti Ais Buat Kali Pertama Setelah 4 Tahun Berkahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan pasangan berkahwin sudah pasti ada liku-liku kehidupan mereka yang tersendiri. Pahitnya dugaan yang diharungi bersama, maka hasilnya juga akan manis pada akhirnya.

Berikutan kos hidup yang agak tinggi, mungkin ada pasangan yang memilih untuk membeli barangan keperluan secara beransur-ansur.

Tidak ketinggalan juga bagi pemilik akaun TikTok @naziranawawi dan suaminya yang membeli barangan keperluan untuk menjalani kehidupan alam berumah tangga.

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat pemilik video iaitu Nazira Nawawi berkongsikan detik kali pertama mereka baru membeli sebuah peti ais.

Peti ais itu dikatakan baru sahaja tiba ke rumahnya. Menurut pemilik akaun, itu merupakan kali pertama keluarga kecilnya membeli alat elektronik sepanjang 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Apabila dimaklumkan peti ais itu akan sampai lebih awal, wanita itu mengambil kesempatan untuk memberikan kejutan kepada suaminya.

Menerusi ruangan komen, pemilik akaun turut berkongsikan bahawa sebelum ini mereka sekeluarga tinggal bersama-sama dengan keluarga mentua dan kini mereka dikatakan sudah tiga bulan hidup berdikari.

Gambar: TikTok @naziranawawi

Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda bolehlah menonton perkongsian video di bawah.

@naziranawawi

Alhamdulillah . Terimakasihh abi banyak berjuang ! Melaffyou 🤍

♬ original sound – naziranawawi – naziranawawi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu selepas menonton perkongsian video itu, malah ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang dihadapi oleh mereka.

Gambar: TikTok @naziranawawi
Gambar: TikTok @naziranawawi
Gambar: TikTok @naziranawawi

Sumber: TikTok @naziranawawi

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.