Siakap Keli
Gambar: India Today

Bayi Dilahirkan Di Sempadan Negara, Pasangan Ini Namakan Anak Mereka ‘Border’

Sepasang suami isteri dari Pakistan yang dikatakan terkandas di sempadan India-Pakistan 71 hari lalu ini menjadi tular selepas mereka menyambut kelahiran bayi yang diberi nama ‘Border’, lapor India Today.

Menurut laporan, mereka terkandas di sempadan Attari bersama-sama dengan 97 warga Pakistan yang lain.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember lalu ini menjadi tular kerana namanya yang sangat unik.

Pasangan yang dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram ini berasal dari daerah Ranjanpur di wilayah Punjab.

“Bayi ini diberikan nama demikian kerana dia dilahirkan di sempadan Indo-Pak.” kata pasangan itu.

Semasa Nimbu Bai iaitu ibu kepada bayi itu sedang sakit mahu bersalin, dia dibantu oleh beberapa wanita daripada kampung yang berdekatan.

Penduduk kampung itu, dikatakan telah menghulurkan bantuan dengan mengatur segala kemudahan perubatan untuk wanita itu bersalin.

Menurut Balam Ram iaitu bapa kepada bayi itu, dia dan keluarganya terkandas di sempadan kerana mereka datang ke India untuk ziarah dan tidak mempunyai dokumen yang sah untuk memasuki negara mereka.

Gambar: India Today

Sumber: India Today

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.