Siakap Keli

“Berat Juga Kalau Sampai Masa Tu,” Lelaki Tanggungan Ramai Minta Nasib Dibela

“Budak-budak dah mula sekolah. Duit dah keluar untuk keperluan sekolah anak-anak. Alhamdulillah, perniagaan makin rancak sehari ke sehari tapi biasalah berniaga kecil-kecil ni ada hari yang drop teruk.  Berat juga kalau sampai masa tu. Takde ke insentif kitaorang yang ada tanggungan ni boleh mohon?  Sedikit-sebanyak bernafas juga.”

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada pembentangan elanjawan 2022 baru-baru ini. Dalam usaha ini, sebanyak RM8.2 bilion telah diperuntukkan demi memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima

Bagi individu dengan tanggungan, inisiatif ini sangat bermanfaat dan diharap dapat membantu dalam kelansungan hidup.

Berikut adalah perincian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara bersasar:

B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500

  • Tiada anak – RM1,000

  • 1-2 anak– RM1,500

  • 3 anak – RM2,000

B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850

  • Tiada anak – RM400

  • 1-2 anak – RM600

  • 3 anak – RM800

Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500

  • Menerima bantuan sebanyak RM350.

Warga Emas Tiada Pasangan – Berpendapatan Kurang RM5,000

  • Menerima bantuan sebanyak RM600.

Bantuan Warga Emas – Berpendapatan Kurang RM5,000

  • Bantuan tambahan sebanyak RM300.

Ibu dan bapa tunggal dengan tanggungan – Berpendapatan Kurang RM5,000

  • Bantuan tambahan sebanyak RM500.

Bantuan Awal Persekolahan

  • RM150 secara one-off.

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu bagi Bayaran Yuran Taska Dan Tadika

  • Pelepasan sebanyak RM3,000 sehingga tahun taksiran 2023

Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan JKM

Empat kategori bantuan Jabatan Kebajikan  iaitu  kanak-kanak, warga emas, OKU tidak bekerja dan bantuan Am persekutuan dinaikan syarat kelayakan daripada PGK 2016 RM980 kepada PGK Makanan 2019 berjumlah RM1,169

Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan

Subsidi sebanyak 50 % atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi untuk menjamin keselamatan kanak-kanak semasa berada di dalam kereta untuk keluarga B40.

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Jaminan sehingga 2billionringgit kepada bank untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani untuk membeli rumah.

e-Start

Budaya transaksi tanpa tunai yang akan mengkreditkan sebanyak RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun dan termasuk pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Sumber : MOF

Program MyKasih Kapital

Bantuan asas modal perniagaan termasuk program bimbingan perniagan secara dalam talian. Galakan untuk para wanita  menjana pendapatan dari rumah. 

Pelanjutan Pelepasan Khas Cukai Pendapatan Individu atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet 

Lanjutan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2500 sehingga 31 Disember 2022.  Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan bayaran balik direct debit PTPTN, sila klik disini.

Nur Farra