Rasa-rasa pembaca SK ni ramai pekerja swasta ke awam? Bukan apa, kitaorg nak senaraikan manfaat Bajet 2022 yang diumukan hari tu. Ramai yang ingat pekerja di syarikat swasta ni tak dapat apa-apa.
Bajet 2022 yang dibentngkan oleh kerajaan baru-baru ini cukup penting untuk rakyat. Pasti ramai rakyat Malaysia yang ingin manfaat untuk mereka terutama inisiatif kepada pekerja awam dan pekerja swasta.
Antara insiatif bantuan untuk pekerja awam dan pekerja swasta adalah seperti berikut;
Pekerja Swasta
Manfaat Bajet 2022 untuk pekerja swasta dari segi keperluan bantuan kewangan meliputi;
- Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun dibenarkan, sebagai galakan kepada pekerja untuk turut serta menyumbang tenaga dalam khidmat masyarakat dengan pertubuhan ang diluluskan.
Bajet 2022 untuk pekerja swasta dari keperluan perlindungan sosial;
- Menambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh PERKESO dengan siling gaji yang diinsurans ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.
Pekerja Awam
Bajet 2022 bagi keperluan bantuan kewangan penjawat awam;
- Kadar keuntungan Skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam akan diturunkan daripada 4% kepada 2%
- Skop perlindungan akan diperluas sehingga RM100,000 kepada 40,000 peminjam baharu LPPSA dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan.
- Pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 70,000 Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.
- RM700 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah, dan sebanyak RM350 untuk 1 juta pesara kerajaan.
- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan mendapat bayaran insentif sebanyak RM200
- Peningkatan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (atau PVR) sebanyak RM9.80 sen sejam daripada RM7.80 sen sejam untuk pegawai dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota.
- Meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada RM150 kepada RM200 sebulan. Sebagai tambahan, elaun ini juga dipanjangkan kepada pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan.
Bajet 2022 untuk pekerja awam bagi keperluan kesihatan;
- Gantian cuti rehat (GCR) untuk pegawai awam dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
- Kerajaan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus atau 80 hari dengan mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak
Bajet 2022 untuk perkerja awam bagi keperluan pekerjaan;
- Peluasan skop pengajaran Takmir di bawah JAKIM kepada agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan menambah 1,000 Guru Takmir.
Bajet 2022 untuk pekerja awam bagi keperluan perlindungan sosial;
- Penambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja yang dilindungi oleh PERKESO dengan siling gaji yang diinsurans ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.
- Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun dibenarkan, sebagai galakan kepada penjawat awam untuk turut serta menyumbang tenaga dalam khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan.