Siakap Keli

Gaji RM5000 Pun Tak Cukup? Ni Ada Bantuan Yang Korang Boleh Mohon Mulai Hari Ini

Komitmen yang ditanggung oleh setiap orang pastinya berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Tidak kiralah sama ada ansuran perumahan, kereta ataupun kad kredit, semuanya bergantung kepada keperluan kehidupan seseorang itu.

Mungkin, disebabkan itulah pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk diketepikan bagi wang tabungan. Malah ada yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu hari gaji bagi bulan tersebut pula.

Walau bagaimanapun, mereka sekurang-kurangnya sudah boleh menarik nafas lega apabila pelbagai bantuan yang boleh dimohon supaya dapat mengurangkan beban. Bantuan tersebut adalah menerusi Bajet 2022 yang telah dibentangkan sebelum ini.

Bajet tahunan kebiasaannya menjadi platform harapan rakyat terutama bagi golongan B40 atau berpendapatan rendah. Berikut merupakan pelbagai jenis bantuan yang boleh dinikmati bagi golongan berpendapatan kurang RM5,000:

Jom tengok apa inisiatif yang boleh diperoleh daripada pembentangan Bajet 2022 haritu!

  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 

Tempoh pengemaskinian  maklumat dan pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar (Pendapatan Bulanan):

Disebabkan permohonan dibuka tahun depan, kerajaan masih belum menyediakan cara terperinci memohon BKM, namun berdasarkan bantuan tunai sebelum ini, mungkin caranya masih menggunakan permohonan secara dalam talian (online) atau melalui borang dari laman rasmi BKM LHDNM – https://bkm.hasil.gov.my atau pusat LHDNM berdekatan.   

PerantiSiswa Keluarga Malaysia 

  • Membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi
  • Permohonan dijangkakan dibuka pada April hingga Jun 2022 kepada Pelajar IPT.
  • Melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Program Baucar Perlindungan Tenang 

  • Penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri. 
  • Baucar juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022
  • Permohonan dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat di www.myptv.my 
  • Maklumat lanjut mengenai produk-produk Perlindungan Tenang https://www.mycoverage.my/    

mySalam 

  • Skim mySalam akan diperluas kepada semua penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak
  • Kalau nak semak kelayakan dan permohonan boleh layari laman web MySalam https://www.mysalam.com.my/b40/info/ 

Program Rumah Mesra Rakyat 

  • Diwujudkan bagi membantu golongan yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri
  • Membiayai subsidi sebanyak RM20,000 seunit, di samping kemudahan pembiayaan serta yuran pengurusan kepada pemohon
  • Pemilikan rumah kediaman untuk 3,000 unit rumah
  • Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi di sini https://spnb.com.my/en/rumah-mesra-rakyat/ 

Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM)

Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan (Carseat)

Subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak untuk keluarga B40.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia,  https://budget.mof.gov.my/ms/ atau https://www.mof. Untuk info-info terkini dari MoF korang boleh follow Facebook, Twitter dan Instagram Kementerian Kewangan.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.