Siakap Keli
Gambar via Twitter

Ini 9 Tempat Menarik ‘Area’ KLCC Korang Patut Pergi, Siap Boleh Ronda Satu KL Percuma

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) sering menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong dari luar negara bahkan masyarakat tempatan juga. Kedudukannya yang agak strategik menjadikan KLCC salah satu destinasi tumpuan.

Mungkin kebanyakan daripada kita berkunjung ke KLCC untuk membeli-belah. Tapi kalau korang nak tahu, selain pusat membeli-belah, ada juga tempat rekreasi dan port makan yang sangat sesuai untuk korang yang nak cari kelainan sambil jalan-jalan di sekitar KLCC ni.

Oleh itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Anis Suraya ni kongsi sembilan tempat menarik berhampiran KLCC yang korang patut pergi. Ikuti perkongsian Anis Suraya di bawah ini.

Tempat menarik area KLCC

Kalau korang pegi KLCC, banyak je tempat best area situ sebenarnya. Kalau macam Anis pergi KLCC bukan pergi shopping semata pun, pergi sebab banyak tempat best je area situ.

Jom Anis share, tempat menarik area KLCC. Pilih je yang mana sesuai dengan bajet dan masa korang.

1. Tengok ikan Jaws dekat Aquaria KLCC

Korang tahu tak kat situ siap boleh masuk sangkar tengok gigi ikan jaws, nama program dia Dive With The Sharks dengan Cage Rage.

Pastu wajib tengok ikan Arapaima makan. Korang tengok la ganas tak ganas ikan lombong air tawar tu makan.

Gambar via Twitter

2. Main kat Petrosains

Sini bukan setakat budak suka pegi, aku pun seronok hahaha kat sini boleh tengok batu yang keluar minyak, pegang kereta Formula 1, masuk dalam pelantar minyak & nak rasa naik helikopter pun boleh.

Besar weh tempat ni! Dua jam pun tak tentu habis pusing.

Gambar via Twitter

3. Tengok KL dari jambatan KLCC

Kalau korang nak try naik jambatan tu, get ready la beratur awal pagi. Sebab ada yang pukul 6.30 pagi dah ready nak berebut sebab pass masuk limited!

Tapi boleh layan dalam 10 minit je kat jambatan tu, lepastu pegi melawat area lain pulak.

Gambar via Twitter

4. Ronda KL dari KLCC naik Bas GoKL (FREE)

Kalau rasa nak tengok suasana KL, banyak je pilihan. Tapi ni Anis share yang free!

Bas ni banyak laluan, so kalau korang setakat nak pusing jalan kat Bukit Bintang, tengok KL Tower, area Chinatown or Central Market, boleh la naik.

Gambar via Twitter

5. Tengok suasana Food Truck kat KL

Nak jalan kaki ke sini pun boleh dari KLCC tu! Tempat paling hip kat situ, macam macam truck makanan ada.

Gambar via Twitter

6. Masuk Godiva, rasa coklat premium dia

Siapa suka coklat, wajib singgah butik coklat tu. Truffle dark choc dia peh sedap gila! Kalau tak suka coklat, try aiskrim dia.

Coklat kat situ dorang jual ikut gram.

Gambar via Twitter

7. Bergerak habis kat Superpark

Bawak budak best kat sini! Boleh lompat kat trampolin, panjat dinding, terbang lompat masuk dalam span besar.

Pastu siap boleh main scooters, skate board ataupun try main luncur air. Kat sini ada lebih kurang 26 aktiviti boleh main.

Gambar via Twitter

8. Try keluar daripada Breakout

Kalau korang suka perah otak ataupun suka main escape room, boleh try pegi situ. Korang kena kunci dalam bilik, pastu guna la clue yang ada dalam bilik tu. Kalau korang boleh keluar ikut time, korang menang!

Pegi ramai ramai lagi syok!

Gambar via Twitter

9. Rasa makanan dari satu dunia dekat Food Court

Kat situ, tak kisah la korang cerewet ke tak, aku gerenti memang ada makanan yang kena dengan tekak korang!

Nak teppanyaki Jepun ada, tomyam Siam ada, nasi kandar Mamak ada, kebab Arab pun ada.

Gambar via Twitter

Sumber: Twitter Anis Suraya

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.