Siakap Keli
Kredit: Instagram Astro Gempak

Kamal Adli, Uqasha Senrose Buat Pengumuman Sudah Bernikah 5 November Lepas

Pernah menjadi tular sebelum ini apabila pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose dalam satu program penyampaian anugerah iaitu Anugerah Meletop Era setahun yang lepas.

Baru-baru ini, pasangan yang mendapat anugerah dalam Anugerah Bintang Popular bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular dua tahun berturut-turut memberitahu bahawa mereka sudahpun bernikah pada 5 November 2021 lepas.

Setelah sebulan menyimpan rahsia, akhirnya mereka mengumumkan bahawa diri mereka sudahpun bernikah di satu lokasi yang dirahsiakan di Janda Baik, Pahang.

Dalam majlis akad nikah tersebut, Ahmad Kamal Ahmad Adli atau Kamal Adli memberitahu bahawa dirinya menyerahkan mas kahwin RM22.50 kepada isterinya yang sah iaitu Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau lebih kenali sebagai Uqasha Senrose.

Menurut Kamal juga, dirinya menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang hantaran daripada pihak Uqasha.

Pasangan tersebut telah mengumumkan pernikahan mereka dalam satu sidang media khas anjuran Astro pada hari ini.

Astro yang juga dikenali sebagai stesen televisyen satelit pertama negara turut mendapat hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan serta persandingan pasangan mempelai itu.

Astro akan menyiarkan majlis persiapan, pernikahan dan persandingan pasangan tersebut dalam tiga episod iaitu 11, 18 dan 25 Disember ini di saluran Astro Ria.

Sumber: Astro Awani

 

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.