Siakap Keli
Kredit: Hello Doktor

Kurang Keyakinan Diri Kerana Rendah Berbanding Rakan Sebaya Yang lain? Jom Baca Cara Untuk Menambahkan Ketinggian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernahkah anda rasa kurang keyakinan diri disebabkan oleh ketinggian diri anda yang kurang berbanding rakan-rakan sebaya yang lain? Ditambah pula dengan mulut rakan-rakan sebaya anda yang suka bergurau kasar berkenaan masalah ketinggian anda.

Hello Doktor berkongsi satu artikel berkaitan cara untuk anda menambahkan ketinggian anda. Penerangan yang sangat jelas beserta contoh, mari bersama-sama kita baca cara tersebut dan amalkannya untuk menambahkan ketinggian bersama-sama.

Rendah Diri Sebab Pendek Berbanding Rakan Sebaya? Ini Cara Nak Tinggi!

Sebenarnya, tak pelik pun jika ada individu yang ingin tahu cara nak tinggi.

Ada yang rasa mereka terlalu tinggi.

Ada pula rasa mereka terlalu rendah.

Ketinggian biasanya dipengaruhi oleh gen keluarga, termasuk gaya hidup dan persekitaran kehidupan yang dijalani.

Dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh mengubah ketinggian anda atau tidak terdapat cara nak tinggi apabila anda telah dewasa.

Kredit: Hello Doktor

Apa yang menentukan ketinggian anda?

Ketinggian bergantung pada gen yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka selain kesihatan umum dan nutrisi mereka selama tempoh pertumbuhan mereka.

Kanak-kanak dengan ibu bapa yang rendah lebih cenderung pendek berbanding kanak-kanak dengan ibu bapa yang tinggi.

Sebenarnya, terdapat pelbagai variasi dalam hal ini; adik beradik lelaki dan perempuan dengan ibu bapa yang sama berkemungkinan tidak akan mempunyai ketinggian yang sama.

Ibu bapa pula secara kebetulan, boleh mempunyai anak dengan ketinggian atau kerendahan yang tidak disangka yang mana ia berkaitan dengan ahli keluarga yang lain.

Penyakit atau pemakanan yang kurang bernutrisi pada masa kanak-kanak, dilahirkan kecil atau pramatang semasa dilahirkan mungkin bermakna kanak-kanak tersebut tidak mencapai potensi penuh bagi ketinggian dewasa mereka.

Bagaimana dianggap sebagai terlalu tinggi @ terlalu rendah?

Julat ketinggian normal boleh berbeza di antara benua, kaum atau kumpulan etnik.

Oleh itu, ketinggian seseorang yang ditentukan secara perubatan atau sosial sebagai ‘pendek’ atau ‘tinggi’ boleh berbeza bergantung di mana mereka menetap atau latar belakang etnik mereka.

Masalah perubatan yang menjejaskan pertumbuhan adalah faktor yang paling kerap terjadi jika kanak-kanak membesar lebih perlahan atau lebih cepat berbanding daripada apa yang dijangka.

Punca bagi kanak-kanak yang melalui proses tumbesaran terlalu perlahan termasuklah:

  • Kekurangan hormon tiroid atau hormon pertumbuhan.
  • Keadaan di mana hormon yang mengawal pertumbuhan adalah normal tetapi rangka tubuh atau skeleton tidak bertindak balas secara normal. Ini boleh disebabkan oleh masalah perubatan seperti sindrom Turner dan achondroplasia.
  • Penyakit yang boleh menjejaskan pertumbuhan. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami masalah usus atau dada yang serius mungkin akan mengalami proses tumbesaran yang agak perlahan.

Hampir setiap individu yang sangat tinggi adalah normal dan tidak mempunyai masalah perubatan.

Sindrom Marfan dan Sindrom Klinefelter boleh menyebabkan pertumbuhan yang sangat tinggi, dan kelenjar pituitari yang sangat jarang berlaku menghasilkan terlalu banyak hormon pertumbuhan boleh mengakibatkan pertumbuhan yang sangat cepat (gigantisme).

Kredit: Hello Doktor

Wujudkah sebarang cara nak tinggi lain sekiranya telah dewasa?

Tiada kaedah yang boleh meningkatkan ketinggian anda. Dalam bahasa mudah faham, tiada kaedah untuk anda mencuba cara nak tinggi apabila sudah cukup usia dewasa.

Walaupun tiada apa yang dapat dilakukan untuk meningkatkan ketinggian seseorang selepas plat pertumbuhan di tulang telah ditutup, namun terdapat cara untuk anda kelihatan lebih tinggi.

Antaranya adalah dengan:

Cara nak tinggi

#1: Mengamalkan postur badan yang baik

Berdiri dan duduk dengan postur yang baik bukan sahaja menjadikan seseorang kelihatan lebih tinggi, tetapi ia membantu menghalang sakit kepala dan sakit belakang yang sering terjadi jika anda membongkok.

Untuk berdiri dengan postur yang baik, seseorang individu perlu mengikut tip berikut:

  • Pastikan bahu berada di posisi yang betul
  • Tarik perut ke arah tulang belakang, dengan sedikit penglibatan otot
  • Pastikan paras kepala selaras dengan badan
  • Elakkan mengunci bahagian lutut
  • Pastikan berat badan diseimbangkan melalui tapak kaki
  • Biarlah tangan tergantung secara semula jadi di bahagian sisi

#2: Menguatkan otot teras

Bahagian tengah tubuh badan yang kuat boleh membantu individu mengekalkan postur yang baik dan kelihatan lebih tinggi.

Otot teras adalah otot-otot di bahagian abdomen dan di sepanjang tulang belakang.

Otot ini membantu menyokong tulang belakang.

Apabila otot-otot ini terlalu lemah, tulang belakang tidak disokong dengan betul dan boleh menyebabkan ia dimampatkan.

Ia juga boleh menyebabkan pembongkokan.

Untuk mendapatkan otot teras yang kuat, seseorang individu boleh mencuba latihan berikut:

  • Plank: Mengekalkan ketahanan otot-otot abdomen, kekalkan kedudukan di bahagian atas ketika melakukan push-up.
  • Superman: Baring diatas perut, angkat bahagian tangan, kaki, dan kepala daripada lantai dan tahan.
  • Abdominal crunch: Baring di bahagian belakang dengan membengkokkan lutut sambil kaki berada di atas lantai. Angkat kepala dan bahu menggunakan otot teras.

Itulah beberapa tips dan cara untuk menambahkan ketinggian anda. Selepas ini, bolehlah anda mencuba untuk mengikut apa saranan dan tips yang diberikan. Barulah selepas ini anda akan lebih yakin dan bergaya di depan rakan-rakan sebaya yang lain.

Sumber: Hello Doktor

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.