Siakap Keli
Gambar: Hasnuri

Seriuslah, Orang Lelaki Jual Baju Kurung Sampai Dapat ‘Income’ Enam Angka

Biasanya yang suka jual-jual baju ni perempuan je kan? Jaranglah kita dengar orang lelaki yang jenis ligat nak jual baju sana-sini. Selalunya orang lelaki suka jual barang gajet, kasut, aksesori dan macam-macam lagi.

Tapi apa yang min nak cerita kali ni memang korang susah nak percaya. Percaya atau tak, min dapat tahu ada seorang lelaki ni dia buat sale baju kurung perempuan je tapi boleh dapat income sampai enam angka!

Namanya Hamizan Maarif (gambar di atas), nama panggilan Hamizan atau Mizan. Berumur 34 tahun, Hamizan ni berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Bangi. Bapa kepada dua orang anak dan bekerja sebagai akauntan di sebuah sektor swasta.

Nak tahu apa yang best pasal Hamizan ni? Walaupun ada kerja sendiri tapi disebabkan minat dengan bisnes, dia selamba je buat benda yang jarang orang lelaki minat..iaitu jual baju kurung perempuan!

Dia mula-mula kenal dengan Hasnuri ketika bulan Mei 2020 dulu. Masa tu bulan Ramadan. Baju pertama Hasnuri yang dia beli untuk isteri waktu tu ialah Kurung Amani.

Dahlah dalam bulan puasa, belanja pulak isteri baju kurung cantik. Fuh, entah berapa banyak pahala agaknya yang Hamizan ni dapat. Alhamdulillah, rezeki Ramadan. Lepas je dia beli, terus sign up nak jadi dropship.

Ha kat sinilah ceritanya bermula.

Tak kisah apa orang nak cakap

Gambar: Hasnuri

Nak tau tak, kadang-kadang nampak pelik juga bila tengok orang lelaki yang jual baju kurung. Pulak tu, dah bertaraf suami dan bapak pula. Tapi si Hamizan ni rare. Jenis dia, dia tak kisah pun apa orang kata.

Ni prinsip dia;

“Tak kisah apa orang nak cakap lelaki jual baju perempuan dan nak buktikan kat diri sendiri lelaki pun boleh buat sales!” 

Fuh..padu beb. Terserlah kejantanan sebenar si Hamizan ni bila dia selamba buktikan yang orang lelaki + suami + bapak orang macam dia ni pun boleh jual baju kurung, siap laku teruk lagi.

Kata Hamizan, antara sebab lain dia join jadi dropship Hasnuri ni sebab boleh mulakan bisnes tanpa modal. Kiranya zero cost lah. Yang bestnya, baru lima hari pertama menjual dah dapat sales RM1,000!

Sales masa 2020 dulu, daripada RM1,000 naik ke RM3,000 sebulan, naik ke RM5,000 dan terus ke RM13,000 sebulan masa Disember. Kiranya dia berjayalah capai target jualan RM10,000 pertama.

Lepas tu untuk tahun ni pulak, sales terus naik melonjak ke RM20,000 bagi bulan Mac dan RM32,000 bagi April. Ni sales orang lelaki tuan-tuan. Orang lelaki jual baju perempuan. Power giler baq hang!

Apa yang dah capai setakat ni

Gambar: Hasnuri

Kata Hamizan, ada lapan perkara terbesar yang  dia dah berjaya capai setakat ni. Semuanya gunakan hasil menjual baju kurung je. Jom tengok apa yang Hamizan dah capai:-

  1. Beli baju Hasnuri untuk isteri, anak-anak, adik-beradik, mak ayah, mertua dan ipar tanpa berkira-kira
  2. Konsisten sedekah pada waktu pagi setiap hari
  3. Duit dalam akaun Maybank daripada RM2 baki terus jadi RM2,000 dalam masa empat bulan (Mei-Ogos 2020)
  4. Dapat infaq baju Hasnuri untuk tujuh buah rumah anak-anak yatim, keluarga asnaf dan madrasah masa bulan Ramadan 2021
  5. Hadiahkan air purifier Coway untuk rumah mak ayah
  6. Belikan rantai gelang Swarovski bersempena ulangtahun kelahiran isteri pada bulan Ogos baru-baru ni
  7. Dapat sign up & commit bayaran hibah berjumlah RM1 juta
  8. Konsisten bayar gaji untuk diri sendiri bermula Feb 2021 hasil bisnes Hasnuri, daripada RM1,000 sebulan ke RM2,000 sebulan sekarang

Haa..macam mana min tahu semua ni? Untuk makluman korang, semua rahsia ni Hamizan sendiri yang cerita masa dalam program Hasnuri Business Coaching yang baru je berlangsung pada 27 November baru-baru ni.

Program khas yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5 petang ni mengumpulkan kira-kira 40 orang dropship Hasnuri yang terpilih daripada lebih 42,000 dropship yang ada kat seluruh Malaysia ni!

Tujuan program ni simple je. Depa nak ajak 40 dropship terpilih ni untuk berkumpul dan saling kongsi pengalaman berbisnes masing-masing. Dan paling penting, diorang berpeluang bersua muka dengan pengasas Hasnuri sendiri.

Jadi kalau korang berminat nak jadi macam Hamizan ni, jangan malu-malu. Korang boleh daftar kat SINI. Hamizan dah buktikan orang lelaki pun boleh jual baju kurung sales enam angka, takkan korang tak boleh kan?

Ha…alang-alang ni min nak bagitahu, Hasnuri akan buat satu jualan mega akhir tahun (year end sale – YES) pada 10 hingga 12 Disember ni, bertempat kat Butik Hasnuri Pasir Gudang, No. 11, Jalan IHP 1/11, Kawasan Perindustrian Iskandar Halal Park, 81700 Pasir Gudang, Johor. Ada booth jualan dan foodtruck lagi tau. 

Jangan lupa datang ye. Baju kurung Hasnuri, hari-hari Hasnuri!

Gambar: Hasnuri

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'